Saturday, August 6, 2011

Run For Your Lives - Acara Melarikan Diri Dari Zombie Yang Paling DUMBASS

What the?? why so serious guys?? 

Jika anda seorang peminat kepada games ataupun filem berunsur zombie dan juga anda sentiasa berharap untuk mengalami saat kehancuran akibat dari zombie di dunia sebenar? Maka inilah peluang terbaik anda untuk merealisasikan impian dan keghairahahn anda selama ini. Run For Your Life adalah acara larian berhalangan 5k yang mana mengkehendaki peserta-pesertanya melepasi halangan samada buatan manusia ataupun halangan semula jadi di laluan yang telah ditetapkan sambil anda dikejar 'zombie'.

Tidak seperti pertandingan larian yang lain, anda bukan sahaja berlari untuk mengejar masa, tetapi anda lari dari segerombolan manusia yang telah dijangkiti virus dan sedia untuk menjamah otak anda. Takut bukan? Jangan risau, ianya bukanlah zombie yang sebenar, mereka telah diupah untuk mengambil bendera-bendera yang telah diberikan kepada peserta sebagai 'nyawa' masing-masing. Ketika permulaan perlumbaan, setiap peserta diberi sebuah bendera yang dilekatkan di pinggang sebagai simbol kepada nyawa anda. Jika anda kehilangan bendera tersebut ataupun dirampas oleh 'zombie', maka anda telah dikira sebagai 'infected' atau kata lain, mati.

Terdapat 12 halangan yang menarik telah disediakan disepanjang laluan, yang mana anda perlu melompat kawat besi, berenang didalam kawasan bawah tanah yang kotor, dan anda tidak harus bergantung kepada kepantasan semata untuk sampai ke garisan penamat, tetapi ianya memerlukan, strategi dan perancangan yang baik memandangkan terdapat 'zombie' yang bekeliaran di setiap kawasan.





Acara ini akan diadakan pada 22 oktober, 2011, di Baltimore, U.S. Dan jika mendapat sambutan, pihak penganjur ingin meluaskan lagi acara ini ditempat lain. Berminat? Boleh mendaftar di SINI. Apapun, semua ini adalah antara acara fantasi yang paling dumbass pernah dilakukan.




Sumber: Geekologie

No comments:

Post a Comment