Seorang artis seni pasir yang berpengkalan di Amerika, Jim Denevan, telah menghasilkan rangkaian seni geometri yang gergasi di Pantai California. Beliau yang menggunakan hanya batang-batang kayu dan pencakar, telah mengambil masa berjam-jam lamanya untuk menghasilkan sesebuah lukisan geometri ini di pantai California. Hasil seni yang dilakukannya ini, lebih menarik jika dilihat dari kawasan tinggi kerana ia kebiasaannya berskala besar dan mencecah berkilometer lebar! Walaubagaimanapun, hasil yang hebat ini tidak mampu bertahan lama kerana ia akan terhakis oleh angin dan ombak yang memukul. Apapun, ianya sememangnya amat menakjubkan. Enjoy!
Sumber: jimdenevan
fuh biar betul....
ReplyDelete