Wednesday, August 10, 2011

Konsep Bandar Menegak Di Dalam Kawah Gunung Berapi Mati Yang Paling AWESOME

"Do we need to bring a sleeping bag, or will the volcano keep us warm at night?" 

Bayangkan, pada masa hadapan bilangan manusia semakin ramai tetapi tanah semakin berkurangan. Bumi kita ini mungkin tidak dapat menampung jika bilangan manusia terlalu ramai. Jadi apakah jalan penyelesaiannya? Dah macam-macam cadangan yang keluar. Antaranya dengan memindahkan sebilangan manusia ke planet lain yang keadaannya sama seperti Bumi, membuat kapal angkasa yang besar bagi menampung sebilangan manusia dan juga membuat koloni manusia untuk tinggal di bulan. Slogan Adidas ada menyatakan "Impossible Is Nothing" tetapi cadangan-cadangan ini kedengaran seperti amat mustahil untuk dilakukan bukan?  


Seorang pelukis konsep dari Amsterdam, Jesse van Dijk telah membuat satu plan konsep bagi mengatasi masalah ini. Iaitu dengan membina sebuat bandar menegak di dalam kawah gunung berapi mati yang berada di tengah laut Bandar ini di bina secara menegak kerana kekurangan tanah dan cara ini dapat mengoptimumkan kegunaan kawasan sekeliling. 




Di sini, orang golongan bawahan dan miskin tinggal di bahagian bawah kawah dimana keadaannya gelap kerana kekurangan pancaran cahaya matahari. Mereka perlu bergantung kepada pelita dan lampu untuk melihat. Mereka juga tidak dapat menikmati keindahan pemandangan laut dan tanah rata. Walaupun begitu, tidak susah untuk mereka mendapatkan bekalan air. Manakala, bagi golongan atasan dan kaya tinggal di bahagian atas dimana keadaannya lebih selesa. Mungkin kelihatan tidak adil. Tapi inlah realiti dunia. Duit adalah segalanya. No money, no talk. So, just talk to the hand.

















p/s: tiba-tiba gunung berapi ni meletus balik...abes satu bandar...


Sumber: buzzhunt

3 comments: