Saturday, August 6, 2011

Kisah Lelaki Berkulit Biru

Everybody can be avatar or smurf now!!!

Ini bukan cerita pasal avatar ataupun smurf mahupun mystique. Ini adalah kisah benar tentang lelaki yang berkulit biru.




Sekiranya anda ingin mempunyai kulit yang berwarna biru, anda harus memasukkan perak sebagai diet harian anda. Pendedahan bahan kimia yang berunsurkan perak secara berlebihan akan menyebabkan penukaran warna kulit manusia atau haiwan kepada biru atau biru kekelabuan. Keadaan ini dikenali sebagai "Argyria" dan sebenarnya ianya adalah sejenis penyakit yang aneh.



Argyria adalah penyakit kulit yang disebabkan pengaruh perak. Pada tahun 2008, Paul Karason (40 tahun) diwawancarakan tentang perubahan warna kulitnya. 10 tahun yang lalu, dia menggunakan sejenis ubat "Perak Koloid" (antibiotik) untuk mengubati keadaan kulitnya setelah melihat iklan di sebuah majalah new-age.

Dia membeli Kit untuk membuat perak koloid (partikel perak mikroskopik) buatan sendiri. Setiap hari dia minum sebanyak 10 ons. Setelah beberapa lama keadaannya pulih namun 2 bulan kemudian kulitnya berubah menjadi biru dan penyakit Argyria ini bersifat kekal.


Sedekad yang lalu, Paul Karason kelihatan seperti manusia biasa tapi kini kulitnya kekal biru sehingga ke akhir hayatnya.


p/s: mystique's father?? ahahaha...but i think he's look more like papa smurf. LOL!!!  =D

Sumber: interestingfact

2 comments: