Wednesday, August 31, 2011

Computersiele Museum - Muzium Untuk Konsol Video Game Yang Paling COOL

This is heaven for gamers!

Untuk para gamers sekalian, sebuah musium unik yang diberi nama Computersiele museum (Muzium Komputer Game) telah dibuka di Berlin, Jerman pada Januari lalu. Mengapa ianya sesuai untuk gamers? Ini kerana di muzium tersebut, ianya memang direka khas untuk menyimpan vintage hardware, perisian yang menarik dan lebih dari 300 video game termasuklah game arcade pertama, Computer Space, yang telah dikeluarkan pada 1971 yang mana ianya adalah sebuah produk yang gagal.

Salah satu dari dinding muzium tersebut telah diletakkan dengan 50 buah konsol game buatan tangan yang popular ketika 1951. Untuk gamer yang tegar, mereka pasti teruja untuk melihat Commodore 64, Game Boy versi original dan Super Nintendo (dipersembahkan didalam case berwarna hijau neon) yang popular pada 90-an kerana semuanya dipamerkan disitu. Bukan itu sahaja, disitu juga terdapat konsol game yang pertama di dunia yang dicipta oleh Ralph Baer pada hujung 60-an yang diberi nama Brown Box dan merupakan prototaip kepada sistem gaming yang dikenali sebagai konsol Magnavox Odyssey. Baer, yang kini berkerja sebagai penjaga muzium tersebut berpendapat kanak-kanak pada masa kini lebih mengenali PSP, Xbox dan juga konsol-konsol game yang lain tanpa mengetahui asal usul video game ini. dan mereka perlu mengetahui bagaiman cepatnya perubahan berlaku sejak dari zaman kegemilangan game ciptaan Atari, iaitu Pong.

Dibahagian lain di muzium tersebut terdapat satu tempat yang diberi nama Wall Of Game Milestone, yang mana terdapat lebih dari 50 buah game yang banyak memberi pengaruh kepada grafik, muzik dan genre game  masakini. Diantaranya ialah Pac-Man, Street Fighter 2 dan juga Sonic The Hedgehog. Aku pasti ramai dikalangan kita pernah mengabiskan masa untuk bermain game-game tersebut.

Muzium tersebut sebenarnya telah dibuka sejak 90-an lagi tetapi telah ditutup pada tahun 2000 atas sebab-sebab tertentu dan kemudiannya dibuka semula pada januari lalu. Muzium ini terletak di timur Berlin yang mana bangunan sekarang dahulunya adalah Cafe Warsaw














Sumber: dw-world

No comments:

Post a Comment