Saturday, July 23, 2011

Akademi Sukan Shichahai Di China Yang Paling Berkesan

Melentur buluh biarlah daripada rebung


Akademi sukan Shichahai dai China adalah salah satu faktor yang membawa kejayaan kepada negara China dalam Kejohanan Olimpik yang lalu. Akademi sukan ini telah melahirkan berpuluh-puluh atlet yang telah memenangi pingat emas ketika temasya Olimpik diadakan. Akademi ini juga dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan China tetapi apakah rahsia yang menyebabkan Akademi dapat melahirkan sebegitu ramai atlet sukan bertaraf dunia sehingga mampu meraih pingat emas di kesemua kejohanan?

Akademi ini mempunyai 600 lebih pelajar yang diambil dari seluruh China yang berada dalam lingkungan umur 6 hingga 18 tahun. Ya, di China, seorang atlet sememangnya dilatih dan dibimbing semenjak berusia 6 tahun lagi bagi menghasilkan seorang lagi atlet yang bertaraf bintang. Mereka semua dilatih enam hari seminggu, yang mana pada waktu pagi mereka belajar dan mereka akan berlatih selama berjam-jam selepas tamatnya pembelajaran formal. Ibu bapa mereka hanya dibenarkan untuk melawat anak-anak mereka sekali seminggu dan mereka juga tidak membantah kerana mereka yakin bahawa anak mereka bakal menjadi seorang bintang suatu hari nanti.

Latihan yang diberikan sememangnya sangat berat dan kebiasaannya jurulatih mereka adalah sangat tegas dan jarang untuk senyum. latihan yang diberikan melebihi dari pembelajaran yang diterima sehinggakan ada diantara pelajar akademi tersebut tidak dapat membaca walaupun sudah berada di darjah lima. Walaupun begitu, mereka ada diantara mereka yang tidak dapat menghabiskan perjuangan mereka di Akademi tersebut kerana tidak tahan akan kekerasan latihan yang diberikan. Bagi yang berjaya bertahan disitu, mereka akan menjadi seorang atlet yang bakal menyerlah.

Walaupun akademi tersebut berjaya dalam menghasilkan atlet, mereka juga telah dituduh dalam memberikan tekanan yang berlebihan terhadap kanak-kanak dan juga tuduhan mendera mereka. pada tahun 2005, seorang wakil dari Britain datang melawat akademi tersebut dan tersentuh melihat kanak-kanak disitu dilatih. Beliau dapat melihat seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun yang menangis apabila melakukan handstand dan seorang budak lelaki yang mempunyai kesan-kesan dibelakang badannya. Kesimpulannya disini, seseorang yang berjaya dalam sukan bukanlah mereka dilahirkan dengat bakat dan kejayaan, tetapi latihan yang keras dan bersungguh sejak kecil adalah punca utama kejayaan mereka. Practice makes perfect.






















Sumber: Telegraph & Avaxnews

2 comments:

  1. fuyyooh, hebat2.yg budak pink 5u comel je,hihi

    ReplyDelete
  2. keburukkan sistem seperti ini ialah bila atlet mengalami kemalangan dan tidak lagi berupaya bersukan, mereka akan ditendang dan dilupakan, malah ada yg jadi pengemis kerana tiada ilmu lain selain bersukan..

    ReplyDelete