Sunday, July 31, 2011

Kehidupan Dalam 8 Langkah Yang Mudah

"Life is simple, its just not easy"

Hidup ini indah, hidup ini mudah. Mudah? Ya mudah! Hanya 8 langkah sahaja yang diperlukan. Tak Percaya? Lihat langkah-langkah di bawah.






Rekaan Konsep Rumah Skateboarding Yang Paling COOL

Just the ordinary house. Wait, what?!...The coolest house everr!!


Sebuah rumah konsep yang diberi nama PAS House adalah sebuah rumah yang hampir keseluruhan permukaannya boleh digunakan untuk meluncur skate, dari dinding sehinggalah ke katil. Rumah ini adalah hasil dari kerjasama seorang arkitek Francois Perrin, seorang pereka, Gil Le Bon Delapointe dan Pierre André Senizergues, seorang bekas skater pro. Nama PAS juga telah diambil dari beliau. Apa pun, rumah ini pasti menjadi impian kepada setiap skater diluar sana.




Keadaan di Tapak Pelupusan Sampah Mozambique Yang Paling DAHSYAT

What the?!...this is sad..

Di Maputo, Mozambique, terdapat sebuah tapak pelupusan yang sangat luas dengan kelebaran lebih dari 42 ekar. Setiap hari, beribu-beribu tan sampah dicampakkan ke situ sehingga sampah tersebut boleh bertimbun setinggi 50 kaki. Kawasan yang dibuka sejak dari 1986 itu telah menjadi pusat pembuangan sampah yang besar sehingga diberi jolokan sebagai 'Trash Land'. Bukan itu sahaja, kawasan tersebut juga merupakan menjadi tempat tinggal kepada pengemis, golongan miskin dan pengutip sampah mencari barangan berharga untu mendapatkan sesuap makanan.

Kerajaan Mozambique merancang untuk menutup kawasan tersebut menjelang tahun 2014 kelak tetapi bandar berkenaan perlu memberikan hasil keuntungan kepada mereka untuk membina tempat pelupusan yang baru.

 Seorang jurugambar Portugis, José Ferreira, telah melawat kawasan berkenaan dan berkata, "Untuk kebanyakan orang disitu, ianya bukanlah menjadi pilihan kepada mereka untuk tinggal disitu .Tapak pelupusan Huléne ini telah semakin dilupakan walaupun dikaitkan dengan konteks krisis ekonomi Mozambique." Dan dibawah merupakan gambar-gambar mereka yang tinggal dikawasan tersebut yang telah dirakam oleh Jose semasa melawat tempat berkenaan.





Saturday, July 30, 2011

Isu Hilang Selipar Di Masjid (Sempena Bulan Ramadhan)

"Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna agar dapat kulalui dengan sempurna"

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua umat Islam. Pada bulan yang mulia ni la ramai yang akan ke masjid untuk menunaikan solat tarawih kan...Jadi kalau pergi tu tak payah la nak pakai selipar yang cantek-cantek sangat...kang hilang curi dak orang...tapi takpe...kalau korang degil jugak...korang boleh cuba cara kat bawah ni.





Friday, July 29, 2011

Superhero Dan Supervillian Tua Versi Donald Soffritti Yang Paling Lucu

"Old MacDonald had a farm ee i ee i fffffuuuuuuuuuu!!!"

Suatu ketika dahulu mereka ni memang power, lincah, pantas dan cekap tapi pernah tak korang semua bayangkan macam mana la agaknya superhero dan supervillian ni bila mereka dah tua? Seorang kartunis yang berasal dari Itali, Donald Soffritti telah melukiskan gambaran yang melucukan apabila mereka dah tua. Untuk melihat hasil kerja beliau yang lain, korang semua boleh pergi ke donaldsoffritti.blogspotENJOY!!! 





Kayu Pemukul Baseball Yang Paling FAIL

After they saw it comes, they said, 'ffffffffffffuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!'


Himpunan baseball bat yang paling fail, enjoy!




Fotografi Sebelum Dan Selepas Jogging Yang Paling COOL

What? That is my face?


Seorang jurugambar, Sacha Goldberger, telah membuka studio gambar sementara di Bois de Boulogne, sebuah taman berdekatan dengan Paris dan telah meminta mereka yang baru atau setelah jogging untuk diambil gambar mereka didalam keadaan berpeluh. Seminggu kemudian, Sacha memanggil mereka yang telah sudi bergambar sebelum ini supaya datang ke studio sebenar beliau dengan mengenakan pakaian yang terbaik mereka untuk sesi penggambaran sekali lagi. Dengan menggunakan pencahayaan dan pose yang sama seperti sebelum ini, akhirnya perbandingan seseorang sebelum dan selepas mereka jogging, telah dapat dihasilkan. Enjoy!




Gambaran Tokyo Dilanda Bencana Yang Paling DAHSYAT

Creepy ilustrastion


Apakah yang akan terjadi kepada bandar Tokyo jika suatu hari nanti dilanda suatu kemusnahan yang hebat? Gambaran yang dahsyat ini kamu boleh lihat melalui karya ilustrasi oleh Tokyo Ganso yang meletakkan imiginasi beliau ke tahap yang paling maksimum untuk menghasilkan gambaran beberapa tahun selepas bandar Tokyo dilanda malapetaka. Enjoy!




Thursday, July 28, 2011

X-Men Wannabe Yang Paling DUMBASS

"SUPERDUMBASS!!!"

Orang nak jadi superhero, dia pun nak jadi superhero gak...ahahaha...camni la jadinya...




Trend Planking Harus Dihentikan Kerana....

Why? Because fuck you that's why


Buat siapa-siapa yang tidak tahu apa itu planking, ianya adalah satu trending seluruh dunia yang bergambar secara plank ataupun meniarap di tempat-tempat yang langsung tidak cool seperti atas kerusi, meja, katil atau lain-lain tempat yang tidak mengaggumkan langsung. Kemudian, mereka-mereka yang tidak cool ini akan mengupload gambar itu ke laman sosial seperti Facebook, Twitter atau yang sewaktu dengannya. Jadi kenapa perlakuan yang tidak cool seperti ini harus dihentikan? Sila baca open letter dibawah..


Wednesday, July 27, 2011

Dunia Dari Sudut Yang Berbeza

Prepare For Something Mind Blowing~~


Pernah tak korang bayangkan kalau keadaan dunia ni terbalik? Macam ni la agaknya kalau dunia kita dari sudut yang berbeza. Enjoy!!! 




Tuesday, July 26, 2011

Fotografi 'Stop - Motion' Oleh Holger Pooten Yang Paling AWESOME

Amazing pieces of art


Sememangnya seni fotografi 'stop motion' menjanjikan hasil yang tidak mengecewakan dan sentiasa menarik jika seseorang itu pandai untuk mengeksploitasikan sesebuah moment. Jadi kali ini, aku nak kongsi dengan korang semua hasil kerja stop motion oleh seorang Jurugambar yang bernama Holger Pooten. Beliau yang banyak menumpukan hasil kerjanya terhadap teknik stop motion telah menghasilkan lambakan gambar-gambar yang menarik untuk dilihat, dan dibawah adalah sebahagian daripadanya. Enjoy!!




Facebook Vs Google + (Infographic)

Who will win??

Baru-baru ini Google telah melancarkan satu laman sosial terbaru rekaan mereka yang dinamakan sebagai Google + dan telah menjadi bualan sedunia. Walaubagaimanapun, ia hanyalah sebagai ujian atau prototype yang mana tidak semua yang boleh merasai aura laman tersebut kerana pihak Google hanya 'menjemput' orang-orang yang terpilih sahaja untuk menggunakannya. Tetapi apakah kelebihan Google + ini sehingga menjadi perbualan hangat ketika ini sehingga membandingkan dengan laman sosial terkenal, Facebook? mari kita lihat infografik dibawah untuk mengetahuinya. Enjoy!!



Adakah Durian Raja Buah-Buahan?

All Hail To The King!!!




     Durian adalah buah tropikal yang berasal dari Asia Tenggara. Warna buah durian biasanya warna hijau dan kadang-kadang agak perang sedikit. Durian ni boleh membesar sampai 30 cm panjang dan 15 cm diameter dan biasanya berat dia lebih kurang 1 hingga 3 kilo.

Monday, July 25, 2011

Penguraian Barangan Oleh Todd McLellan Yang Paling AWESOME

Nice and complex!!


Sebuah siri yang Awesome telah dihasilkan oleh  Todd Mclellan yang dinamakan Disassembled. Siri ini adalah merupakan salah satu dari projek yang beliau lakukan yang mana siri ini berkaitan dengan penguraian sesuatu barangan contohnya telefon lama, kamera lama, jam dinding dan sebagainya kepada komponen-komponen yang lebih kecil. 

Beliau akan menmbuka setiap satu skru dan akan menghuraikan setiap komponen yang ada didalam setiap barangan yang telah dipilih. Anda boleh melihat di video dibawah bagaimana proses penguraian tersebut dilakukan. Anda boleh lihat, ketelitian beliau dalam mengasingkan semua komponen. i must say, this work must take a serious concentration. 

Walaubagaimanapun, hasilnya amat lah memuaskan. Setelah menyusun setiap komponen yang telah dileraikan, beliau akan menyusun dan seterusnya mengambil gambar barangan itu.  Bukan itu sahaja, selesai mengambil gambar secara tersusun, Todd akan mengumpul semua komponen itu dan melempar ke udara untuk merakamnya.





Mesin Taip (typewriter)

Strategi Untuk Menjaringkan Gol Yang Paling DUMBASS

GOOOOAAAALLLL!!!!

Adui...tensen aku tengok bola Singapura vs Malaysia aritu...Rajagobal bleh blaja ngan Stephen Chow camne nak guna strategi camni...






p/s: apa-apa pun harap-harap skuad Malaysia dapat mengalahkan skuad Singapura nanti...GO TIGER!!!! GO MALAYSIA!!!

Sunday, July 24, 2011

Tabiat Monyet Yang Paling RARE

munyit oh munyit

Ingatkan manusia je yang ambil anak angkat, rupa-rupanya monyet pun dah pandai ambil anak angkat sekarang ni....tapi itu tak cukup pelik lagi...yang peliknya, anak yang di angkat oleh monyet tu berlainan spesis dengan dia iaitu kucing...hei...pelik ni...memang RARE lah!!! Kejadian ni berlaku kat sebuah hutan di Bali, Indonesia...




Cuba tengok muka anak kucing tu...macam syok je rupe dia...stim je mata dia duk kat ketiak monyet ni...

Ilustrasi Menarik Dari Peta Lama Yang Paling KREATIF

For those who loves art


Hasil seni kreatif dalam melukis ilustrasi dari peta ini telah dilakukan oleh Ingrid Dabringer. Dengan hanya menggunakan peta lama, beliau dapat menghasilkan rekaan yang ringkas tetapi menarik dan memerlukan tumpuan yang tinggi. Ini kerana beliau 'melakar' ilustrasi menarik di atas peta apabila beliau telah mengenal pasti posisi menarik dengan hanya menggunakan petanda jalan, warna, bentuk geografi muka bumi untuk membentuk lukisan beliau.

Beliau kebiasaannya merubah peta biasa kepada ilustrasi bentuk manusia dengan menggunakan cat acrylic untuk menyerlahkan bentuk tersembunyi didalam peta. Jika anda menyukai seni sebegini, anda boleh melawat blog beliau, ingriddabringer, untuk melihat lebih banyak lagi dan jika berminat untuk membeli, boleh ke sini.




Tindak Balas Kimia Terhadap Susu Yang Paling COOL

Niceee!!!

Siapa rasa nak membazirkan susu untuk sesuatu perkara yang menarik, anda boleh tengok video ini. Coolest trick evaahhh!!





Sumber: youtube via Householdhacker

Saturday, July 23, 2011

Kejadian Alam Yang Paling AWESOME

Sesungguhnya apabila seseorang itu berfikir dan meneliti kejadian alam ini maka ia dapat petunjuk bahawa Allah s.w.t yang telah menjadikannya.

Sebuah kapal layar sedang melakukan perjalanan di Pasifik selatan ketika kejadian yang menakjubkan ini berlaku. Lihatlah foto-foto ini dan cuba untuk bayangkan yang anda sedang melihat fenomena ini.




Apa tu? Pantai ke?
                                                        Salah!! Ni bukan gambar pantai




Ianya adalah gambar batu gunung berapi yang terapung di atas air

Komen Rage Orang U.S ( Women World Cup, NSFW) Yang Paling Lucu

lol Americans


So, akhirnya kita tahu bukan sahaja penyokong Indonesia yang RAGE bila timnas diorang kalah dengan Harimau Malaya dan seterusnya mengeluarkan komen2 di Facebook dan di forum-forum tetapi begitu juga dengan penyokong bolasepak wanita Amerika Syarikat yang kalah dengan pasukan Jepun melalui tendangan penalti ketika final women World Cup baru-baru ini. What a jokes, american. Rata-rata yang komen (di facebook) semua mengharapkan Jepun dilanda tsunami sekali lagi. Hahaha. Satu je aku nak komen, belajarlah terima hakikat. Papehal, selamat maju jaya kepada Harimau Malaya dalam misi untuk membaham SINGApura. Apapun result nanti, kita perlulah belajar terima hakikat dan teruskan menyokong pasukan Harimau Malaya supaya mereka sentiasa meningkatkan mutu perlawanan. Enjoy!!






Akademi Sukan Shichahai Di China Yang Paling Berkesan

Melentur buluh biarlah daripada rebung


Akademi sukan Shichahai dai China adalah salah satu faktor yang membawa kejayaan kepada negara China dalam Kejohanan Olimpik yang lalu. Akademi sukan ini telah melahirkan berpuluh-puluh atlet yang telah memenangi pingat emas ketika temasya Olimpik diadakan. Akademi ini juga dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan China tetapi apakah rahsia yang menyebabkan Akademi dapat melahirkan sebegitu ramai atlet sukan bertaraf dunia sehingga mampu meraih pingat emas di kesemua kejohanan?

Akademi ini mempunyai 600 lebih pelajar yang diambil dari seluruh China yang berada dalam lingkungan umur 6 hingga 18 tahun. Ya, di China, seorang atlet sememangnya dilatih dan dibimbing semenjak berusia 6 tahun lagi bagi menghasilkan seorang lagi atlet yang bertaraf bintang. Mereka semua dilatih enam hari seminggu, yang mana pada waktu pagi mereka belajar dan mereka akan berlatih selama berjam-jam selepas tamatnya pembelajaran formal. Ibu bapa mereka hanya dibenarkan untuk melawat anak-anak mereka sekali seminggu dan mereka juga tidak membantah kerana mereka yakin bahawa anak mereka bakal menjadi seorang bintang suatu hari nanti.

Latihan yang diberikan sememangnya sangat berat dan kebiasaannya jurulatih mereka adalah sangat tegas dan jarang untuk senyum. latihan yang diberikan melebihi dari pembelajaran yang diterima sehinggakan ada diantara pelajar akademi tersebut tidak dapat membaca walaupun sudah berada di darjah lima. Walaupun begitu, mereka ada diantara mereka yang tidak dapat menghabiskan perjuangan mereka di Akademi tersebut kerana tidak tahan akan kekerasan latihan yang diberikan. Bagi yang berjaya bertahan disitu, mereka akan menjadi seorang atlet yang bakal menyerlah.

Walaupun akademi tersebut berjaya dalam menghasilkan atlet, mereka juga telah dituduh dalam memberikan tekanan yang berlebihan terhadap kanak-kanak dan juga tuduhan mendera mereka. pada tahun 2005, seorang wakil dari Britain datang melawat akademi tersebut dan tersentuh melihat kanak-kanak disitu dilatih. Beliau dapat melihat seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun yang menangis apabila melakukan handstand dan seorang budak lelaki yang mempunyai kesan-kesan dibelakang badannya. Kesimpulannya disini, seseorang yang berjaya dalam sukan bukanlah mereka dilahirkan dengat bakat dan kejayaan, tetapi latihan yang keras dan bersungguh sejak kecil adalah punca utama kejayaan mereka. Practice makes perfect.




Stail Bertindik Di Seluruh Badan Yang Paling DUMBASS (NSFW)

This is no good.


Koleksi manusia-manusia yang gila bertindik dari seluruh dunia. Enjoy!!




Friday, July 22, 2011

Tahap Kemalasan Yang Paling FAIL

This is the top level of laziness


Koleksi manusia-manusia malas yang terlampau.. Enjoy!!