Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa menghilangkan sedikit kegelisahan di dalam diri Zaki. Dia yang dari tadi menunggu kekasihnya di tepi sungai asyik termenung melihat kejernihan air yang tidak berhenti mengalir itu. Sesekali dia terlihat ikan melompat di tengah sungai tersebut. Di tebingnya pula kelihatan dua orang kanak-kanak membaling batu ke tengah sungai bertanding siapakah yang paling jauh dapat membaling batu itu.
Zaki hanya bersandar dibawah pokok yang redang melihat telatah dua orang budak tersebut. Sesekali dia melihat jam tangannya dan memandang ke kiri dan kanan sambil berharap kekasihnya akan tiba. Di dalam hatinya berselirat dengan perasaan berdebar. Entah mengapa dia berasa begitu. Sedangkan mereka telah hampir 5 tahun berpasangan dan bermadu kasih bersama. Baginya, setiap pertemuan ibarat pertemuan yang pertama. Dia sentiasa akan berasa berdebar-debar dan gelisah menunggu kehadiran kekasihnya yang bernama Laila.
Sekadar Hiasan |
Sedang Zaki berkhayal memikirkan nasibnya, satu suara lembut menyapa kelekaan Zaki,
“hai awak, dah lama tunggu?”
Khayalan Zaki terhenti, dia segera berpaling kebelakang. Kelihatan Laila berdiri di belakangnya sambil tersenyum. Pada hari itu Laila memakai baju kurung berwarna putih cerah dengan selendang melilit lehernya yang jinjang. Kulitnya yang putih menyerlahkan lagi keayuannya apabila dipadankan dengan baju tersebut. Rambutnya yang hitam bersinar dan panjang hingga ke bahu ditiup angin yang sepoi di tambah dengan dedaun yang berguguran jatuh di sekelilingnya membuatkan Laila kelihatan seperti bidadari yang turun dari syurga. Zaki tersenyum lebar melihat kekasih hatinya sudah berada disisinya.
“Hemm, lama jugaklah. Tapi takpe, asalkan awak dah ada kat sini.” Balas Zaki riang. Hanya tuhan sahaja tahu betapa gembiranya Zaki ketika itu.
Zaki kemudiannya bangun dan mengajak kekasihnya itu berjalan-jalan menyusuri sungai yang indah tersebut. Zaki dari tadi masih tidak berhenti berkelip memandang kekasihnya itu. Dia tersenyum selebar-lebarnya. Ingin sahaja dia berjalan bersama Laila sambil berpelukan, tetapi mereka masih belum mempunyai sebarang ikatan yang sah membuatkan dia hanya membayangkanya sahaja. Bagi Zaki, dialah lelaki yang sangat bertuah kerana dapat menawan hati wanita yang cantik dan lembut perwatakannya seperti Laila. Baginya, hanya Laila sahajalah kekasih hatinya dan tidak akan menduakannya. Sekali lagi dia tersenyum melihat cara lenggok Laila semasa berjalan. Sungguh ayu!
Ketika sedang berjalan menyusuri sungai tersebut, Laila menarik tangan Zaki untuk dipimpin. Kelembutan tapak tangan Laila membuatkan Zaki merasakan dirinya berapungan di udara. Dia menggenggam erat tangan buah hatinya ibarat itulah kali terakhir dia akan bersama.
“Sudah lama kan kita tidak keluar macam ni. Saya amat rindukan awak.” Laila tiba-tiba bersuara.
“Ya, saya pun rindukan awak. Tapi nak buat macamana, saya sibuk bekerja, awak pula sedang belajar. Jadi, hanya hujung minggu sahajalah kita boleh bertemu. Awak tahu tak, setiap hari saya tunggu saat ini untuk menatap mata awak yang indah ni.” Ujar Zaki sambil memegang kedua belah tangan Laila sambil memandang tepat kearah matanya.
Sekadar Hiasan |
Zaki sangat teruja melihat mata Laila yang indah itu disinari oleh cahaya matahari petang. Ia membuatkan matanya seperti bersinar, ibarat kerdipan bintang. Zaki tersenyum sambil mengalihkan rambut Laila yang menutupi matanya akibat dari ditup angin. Laila hanya tersenyum.
“Awak tahu, setiap saat kita tidak bersama, ibarat saya sedang berada di dalam penjara sambil menunggu hari untuk dihukum gantung. Kalau boleh, setiap masa saya ingin bersama awak. Menghabiskan masa saya untuk menikmati keindahan wajah awak.” Kata Zaki sambil tersenyum lebar.
“Ada-ada je la awak ni.” Kata Laila tersipu-sipu sambil ketawa kecil.
Ah, indah sungguh cara Laila ketawa. Suaranya manjanya meresap ke jauh ke dalam telinga Zaki. Beliau tidak dapat menggambarkan betapa dalamnya cintanya kepada Laila. Jikalau hanya mati dapat menterjemahkan ketinggian cinta Zaki terhadap Laila, dia sanggup melakukannya.
Mereka kemudian berhenti di sebuah bangku kecil untuk melepaskan lelah setelah jauh berjalan.
“Awak duduk dulu ya. Saya mahu belikan awak aiskrim. Awak pasti kehausan kan?” Kata Zaki lembut kepada cinta hatinya.
Laila hanya tersenyum sambil mengangguk-angguk tanda setuju. Bagi Laila, dia juga amat bertuah kerana dapat memiliki Zaki sebagai seorang putera di hatinya. Zaki sentiasa berlembut-lembut dan melayannya ibarat seorang puteri apabila setiap kali keluar bersama. Zaki tidak pernah sekali-kali membiarkan Laila dalam kesusahan walau sedikit. Zaki juga tidak membenarkan Laila mengeluarkan duitnya ketika bersama malah sentiasa membelanja Laila dan menunaikan apa sahaja permintaan Laila. Tetapi Laila bukan lah seorang yang materialistik dan bermata duitan. Dia tidak akan sesekali mengambil kesempatan terhadap Zaki yang sangat-sangat baik terhadapnya.
Ketika sedang melayan perasaan gembiranya, Zaki datang dengan penuh senyuman dengan membawa dua aiskrim berperisa strawberi. Dia sengaja membeli aiskrim tersebut kerana dia tahu strawberi adalah perisa kegemaran Laila. Sebelum menghulurkan kepada kekasihnya itu, Zaki menyuapkan aiskrim itu ke mulut Laila. Mereka ketawa selepas terdapat kesan lebihan aiskrim di bibir Laila. Zaki kemudian mengelapnya menggunakan sapu tangannya.
Zaki merasakan petang itu sungguh indah dan ibarat berada di dalam syurga apabila dapat bersama dengan kekasihnya itu. Bukan hanya kali ini dirasakan begitu, tetapi setiap kali bertemu sejak kali pertama bertentang mata. Dia sangat sayangkan buah hatinya itu. Dia berjanji pada dirinya sendiri untuk menjaganya ibarat menatang minyak yang penuh. Zaki hanya tersenyum melihat Laila menyuap lembut aiskrim kemulutnya. Dia menongkat dagu menghayati kekasihnya itu memakan aiskrim sehingga habis. Dia tidak mahu masa ketika ini berlalu, jika boleh dia ingin menghentikan masa dan biarkannya seberapa lama. Tidak dapat menggambarkan betapa dia sangat teruja dengan hanya melihat kekasihnya itu makan aiskrim.
Sekadar Hiasan |
“Eh, makan lah aiskrim awak tu. Dah cair.” Laila mula bersuara.
“Ah, yelah. Dah cair. Hehehe. Tak perasan pulak.” Lelehan aiskrim mula mengalir di tangan Zaki. Dia kemudian menjilat lelehan itu.
“Ha, kan da tak best. Tu la awak, berangan je tahu.” Gurau Laila manja.
“Tak kisah pun, aiskrim ni boleh beli tapi saya tak boleh nak beli saat ketika melihat awak gembira menikmati aiskrim 50 sen yang saya beli kat mamak tadi.” Kata zaki tersenyum, lagi.
“La, 50 sen je?! Hemm xsuke lah camni. Nak yang singgit setengah.” Laila merungut manja
“Ala, ni pun da habis da korek tabung. Gaji tak masuk lagilah, awak.”
“Eleh, yela tu. Padahal kedekut.”
“Eh, mane ade. Memang dah xde duit.”
“Tak kire, nak jugak! Nak jugak!”
“Ok, tunggu kejap.” Zaki melihat-melihat kiri dan kanannya, kemudian dia terlihat dua orang budak yang sedang membaling batu ke tengah sungai.
“Woi budak, meh sini jap!” Zaki memanggil budak tersebut.
Kelihatan budak tersebut terpinga-pinga, sambil buat muka tak puas hati,
“Wei, budak! Sini lah. Ade mende sikit aku nak cakap. Ha, yela, ko la. Sini jap.”
Budak tersebut berlari ke arah Zaki sambil berharap mereka akan mendapat aiskrim free.
“Ade pe bang, nak belanje ke? Ke nak belanje mamak jual aiskrim tu? Hehehe.”
“Ah, banyak songeh lak. Aku nak belanja korang makcik tu, nak?” jawab Zaki sambil menuding jari kearah seorang wanita gila sedang mengorek hidungnya sambil bercangkung di tepi sungai.
Sekadar Hiasan |
Budak tersebut serentak geleng-geleng kepala tanda tak setuju langsung.
“Tak, aku nak korang bagi aku rm 1.50. nanti aku bayar. Aku nak belikan aiskrim untuk awek aku ni, tapi xde duit. Meh cepat, nanti aku bayarla.”
“Boleh bang, tapi abang buat cam makcik tu dulu.” Kata budak tersebut sambil menunjuk-nunjuk ke arah makcik yang tengah sedap korek hidung itu.
“Ea budak ni, nak kena ni!” Kemudian Zaki cuba menghayunkan tangannya ke arah budak itu tanda bengang.
Sebelum sempat tangan kasarnya menerjah ke pipi budak itu, Laila memegang tangan kekasihnya sambil berkata,
“Kalau macam ni la perangai awak, kita putus! Awak kedekut taik hidung masam!” kata Laila sambil berlari-lari ke arah mamak yang sedang mengayuh basikal untuk menjual aiskrim, kemudian dia memeluknya.
Mamak tersebut kemudian terpinga-pinga sehingga hampir terjatuh dari basikalnya.
Zaki yang melihatnya itu hanya mampu menangis sambil ditertawakan oleh budak-budak disebelahnya dan juga oleh makcik yang tengah sedap mengorek hidung. Kemudian makcik tersebut bersuara,
“Kite bakor je rumah die tu! Kite bakor! Kite bakor!”
Zaki dan budak tersebut serta merta melihat makcik tersebut, mungkin dia baru lepas tengok filem ‘Hantu Kak Limah Balik Rumah’ kot, bisik mereka.
Akhirnya hubungan mereka berakhir hanya kerana aiskrim RM 1.50 dan kemudiannya Laila hidup berbahagia dengan mamak jual aiskrim.
Seketika kemudian....
Srrraapp!
Kertas buku kajang yang tebal itu disiat-siat dan dikoyak berkali-kali sebelum di campak ke tong sampah yang berada di tepi.
Sekadar Hiasan |
Kemudian, penulis terkenal, ANIKIMARO hanya tersandar sambil mengenggam rambutnya setelah masih lagi gagal mengarang sebuah cerita cinta untuk diterbitkan buat kali pertama walaupun sudah berkali-kali mencuba. Didalam banyak-banyak karya agungnya, hanya kisah cinta masih tidak dapat di nukilkan olehnya.
Setelah mengambil sebatang rokok ‘manchester’ dan menghisapnya, dia meneruskan perjuangannya dalam menghasilkan satu lagi karya agungnya yang berkaitan dengan kisah cinta setelah gagal berkali-kali. DAMN!
TAMMAT
p.s: Kritik cepat!!!
dah kenape crite cinte ni hahahah.. baru je nak layan! ades!! nyways best! sbb bile bace yang atas2 bg music ala-ala winter sonata masuk part bwh ng music jadik radio rosak. hahahah :D
ReplyDeletesummary: saye terhibur :D
abang tak pernah bercinta yek... hehe :p
ReplyDeleteperghhh...
ReplyDeletebru rasa nk feeling...ahaahharggghhh...rasa cm baca cita pak pandir lak...
ReplyDeletebabi ape ko wat cite cm ni sial
ReplyDelete