(Amaran: hanya untuk bacaan 18 tahun ke atas. Dipenuhi dengan kata-kata kesat dan perbuatan ganas. Segala nama dan watak di dalam kisah ini hanya rekaan semata-mata. Tidak ada kena mengena samada hidup atau yang mati. Jika terdapat persamaan, ia hanyalah secara kebetulan dan tidak disengajakan.)
Romeo pulang ke rumah dengan perasaan yang bercampur baur ibarat ada sesuatu yang menganggunya. Dia resah dan gelisah sejak dari pagi. Dirinya menjadi tidak keruan sebaik sahaja membuka pintu rumah nya. Dia pandang ke sekeliling rumahnya seperti mencari-cari sesuatu. Rumahnya ketika itu gelap. Kemudian dia naik ke atas dan pergi ke bilik anaknya. Kelihatan anaknya sedang nyeyak tidur. Dia tersenyum dan melangkah perlahan-lahan ke arah katil anaknya kerana bimbang anaknya akan terjaga. Perasaan celarunya sedikit terubat melihat kecomelan anaknya yang sedang tidur.
“aww, lihat anak ayah yang comel ni sedang tidur.” Bisik Romeo sambil tersenyum sambil mengusap-usap rambut anaknya yang berusia 2 tahun pada ketika itu.
Masih ingat lagi ketika dia masih bayi, Romeo sentiasa memandikan dan membersihkan anaknya yang bernama Laila itu. Seketika kemudian Romeo beralih pandang ke sebelah katilnya. Kelihatan isterinya sedang nyenyak tidur menyebabkan dirinya menjadi tidak keruan semula. Kemarahanya mendidih dan penuh dengan kebencian serta merta menarik rambut isterinya. Melihat isterinya meronta-ronta akibat perbuatannya itu, Romeo berkata,
“ Jangan buat aku gerakkan anak kita, dia tak perlu melihat apa yang hendak aku lakukan pada kau!” tengking Romeo.
Isterinya ketika itu hanya menangis diperlakukan sebegitu,
“Jangan menangis sial, adakah kau suka aku menengking kepada kau.” Tengking Romeo sambil menarik isterinya dengan menggunakan rambut keluar dari bilik tersebut.
“Sanggup kau menduakan aku dan mencintainya. Kenapa Juliet, kenapa! Adakah suara aku terlalu bising buat kau. Malang bagi kau sial, malam ni aku dah tidak boleh sabar lagi!” Romeo melempang isterinya sehingga menyebabkannya terjatuh. Juliet hanya menangis dan merayu-rayu kepada Romeo.
“Kau mahu tinggalkan aku, hah. Bodoh? Ok, takpe. Tapi bukan untuknya dirumah ni! Sofa ni, TV itu dan keseluruhan rumah ni aku yang punya! Sanggup kau biarkan dia meniduri kau di atas katil kita! Tengok Juliet! Tengok suami kau ni!.” Romeo memegang leher dan rambut Juliet.
“Tidak. Tidak sayangku. Kamu sedang mabuk dan kamu takkan terlepas dari perbuatan kamu.” Rayu Juliet.
“Kau ingat aku kisah, hah! Mari, aku mahu bawa kau ke tempat lain!” Romeo menarik Juliet pergi ke keretanya.
“Tidak! Tolang lah sayang, bagaimana kalau Laila terjaga nanti.” Kata Juliet sambil menangis.
“Ah, kau duduk sahaja di depan itu. Jangan bising. Kita pergi sekejap saja, hemmm. sebenarnya aku seorang sahaja yang akan pulang, kau akan duduk dalam bonet nanti!” jerit Romeo sambil menghidupkan keretanya.
Romeo ingin membawa isterinya yang curang itu jauh dari rumahnya. Dia begitu marahkan isterinya. Ketika dalam perjalanan, Romeo terfikir sesuatu yang tidak masuk akal. Dia mahu menamatkan riwayat isterinya. Romeo berkata,
“Memang betul aku curang ke atas kau dahulu. Ah, aku tak sangka yang aku menduakan kau dahulu akhirnya dibalas semula sekarang.” Luah Romeo kesal.
“Tetapi ketika itu kita berumur 18, ia dah lama. Bertahun-tahun dahulu. Aku ingat kau dah tidak berdendam, ah, ini semua tak masuk akal!”
“Saya sayangkan awak, Romeo. Saya cintakan awak.”
“Ah, sialan! Aku tak percayakan kata perempuan jalang macam kau, celaka. Ya, teruskan menangis jalang! Kau tahu teman lelaki kau sekarang sedang terbaring dengan leher dikelar dirumahnya. Kau sayangkan dia bukan!”
“Tidak! Saya cintakan awak.”
“Ah, penipu. Kau ingat aku main-main bukan. Kau memang cintakannya bukan!” kata Romeo sambil menghantukkan kepala Juliet ke dashboard.
“Kenapa kau buat sebegini terhadap aku. sekarang mesti kau fikir aku sudah hodoh bukan!”
“Tidak sayang.” Balas Juliet sambil menarik tangan Romeo.
“Ah, jangan sentuh Aku. AKU BENCIKAN KAU! AKU BENCI AKU! AKU BERSUMPAH AKU BENCIKAN KAU. YA TUHAN, AKU CINTAKAN KAU!” jerit Romeo kesal. Kelihatan dia mengesat air matanya yang sedari tadi bercucuran.
Romeo kemudiannya memberhentikan keretanya ke suatu kawasan gelap yang terpencil. Tempat itu berjauhan dengan manusia.
“Keluar kau, sial! Keluar!” kata Romeo sambil menarik Juliet keluar.
“Tidak sayang. Tidak. Saya takut.”
“Aku kata keluar, celaka! Jangan degil.”
“Arghh, lepaskan rambut saya. Tolonglah, jangan lakukan macam ni sayangku.” Rayu Juliet
Romeo kemudian menolak Juliet ke tanah. Dia hanya berdiri melihat Juliet yang sedang menangis dan merayu-rayu. Romeo hanya ketawa melihat Juliet ketakutan. Dia kemudiannya berjalan mengelilingi Juliet sambil berkata,
“Aku sepatutnya tahu apabila kau berkelakuan pelik selama ini. Aku penat berkerja mencari rezeki untuk kau tetapi ini yang kau balas. Kita sepatutnya....HEY! kau mahu ke mana! Mari ke sini.”
Juliet cuba melarikan diri. Romeo mengejarnya.
“Kau tidak boleh larikan diri dari aku. Disini hanya ada cuma kita. Tidak ada sesiapa! Kau hanya membuat keadaan semakin susah bagi diri kau.” Kata Romeo sambil mengejar Juliet yang berlari semakin jauh ke dalam gelap. Seketika kemudian,
“Hahaha, aku sudah dapat kau.”
“Ahhhhh! Tolong saya!” Juliet menjerit-jerit meminta pertolongan ketika Romeo memeluknya dari belakang.
“Hahaha, teruskan menjerit celaka. Ah, aku menjerit sekali dengan kau! TOLONG, SELAMATKAN SAYA. SAYA TAKUT! Tidakkah kau tahu, bodoh! Disini tiada sesiapa!”
“Tolonglah, jangan begini. Kita mulakan hidup baru, ye sayang.”
“Ah, diam! Semuanya sudah terlambat. Sekarang bukannya salah aku, semuanya salah KAU, sial! Kau sepatutnya mencintai aku, bukannya curang!”
Romeo kemudiannya mencekik Juliet sekuat-kuatnya. Juliet terus meronta-ronta. Romeo tidak dapat menahan kemarahannya lagi. Dia gembira melihat isterinya itu terseksa.
“Sekarang mati kau! Mati! Celaka, bodoh!”
Rontaan Juliet semakin lemah, mukanya bertukar biru. Romeo semakin kuat mencekiknya sambil mencaci-caci. Tidak lama kemudian, tubuh Juliet terkujur longlai. Juliet akhirnya mati dihadapan isterinya.
Romeo tersenyum puas sambil meludah ke mayat isterinya. Dia menarik kaki mayat menuju ke arah kereta......
“CUT!”
Kawasan penggambaran diterangi semula dengan spotlight yang dipasang di sekelilingnya. Semua krew penggambaran bergegas mendapatkan B.Pitt yang melakonkan watak Romeo dan A.Jolie sebagai Juliet.
Mereka semua tersenyum puas
“Wah, bagus-bagus lakonan kamu berdua. Saya yakin kamu berdua akan memperoleh anugerah berdasarkan lakonan ini. Tahniah!” kata tuan pengarah berpuas hati. Dia kemudiannya menyuruh krew mengemas semula set lakonan.
Akhirnya penggambaran filem “Die, Die, Die....My Darling!” yang dilakukan sejak dua bulan lalu sudah berakhir. Mereka semua yang terlibat berpuas hati dengan hasil kerja mereka selama ini.
“Seronok berkerjasama dengan awak Jolie. Awak memang perlakon terbaik.” Puji B.Pitt kepada A.Jolie.
“Takdelah, biasa je. Saya hanya mengikut pengalaman kita juga. awak juga hebat.” Kata A.Jolie.
Setelah semuanya telah siap dikemas, mereka bergegas meninggalkan tempat itu. Maka berakhirlah penggambaran sebuah lagi filem hebat dibawah pengarah ANIKIMARO yang tersohor itu.
TAMMAT
Credit to: Toshiro Akmal For The 'awesome title'
(Inspired by Song: KIM – EMINEM)
p.s: Ade ciri-ciri pengarah tak aku ni? hehehe
huhuh terbaik ku pikirkan real tadi :)
ReplyDeletehahaha..hampeh aa..
ReplyDeleteigt betul td~