Thursday, February 10, 2011

Perjuangan Seorang Blogger


Akhirnya malam itu Akmal dapat juga menyiapkan sebuah entri di dalam blognya setelah berjam-jam menulis dan mengerah otaknya untuk mendapatkan idea. Akmal tersenyum puas. Sebelum beliau post entri tersebut, diteliti dahulu karangan nya supaya memastikan tiada kesalahan tulisan ataupun bahasa yang telah dilakukan agar tidak berputar belit. Diperhatikan satu persatu ayat yang ditulisnya sebelum ini. Setelah berpuas hati dengan karangannya, beliau masih tidak menekan butang post. Dia termenung seketika. Diperhatikan sekali lagi hasil karyanya. Ayat dan isinya sudah lengkap dan mantap  tetapi ianya seperti tidak bernyawa. Ah, rupanya tiada gambar yang menjadi penyeri tulisannya itu. Setelah itu, Akmal membuka folder pictures didalam komputer ribanya. 

Sekadar Hiasan
 Didalam folder tersebut, terdapat ratusan gambar-gambar menarik, tetapi apa yang diperlukannya ialah yang bersesuaian dengan entrinya kali ini iaitu tentang keadaan politik semasa dunia. Setelah mendapat gambar yang terbaik, beliau kemudiannya meletakkan gambar ditempat yang dirasakan sesuai olehnya. Setelah membuat post mortem yang terakhir, akhirnya Akmal menekan butang post setelah membaca Bismillahirahmanirahim dengan harapan pembaca-pembaca setia blognya akan mendapat manfaat daripada tulisannya.

 Akmal tersenyum puas sesudah itu. Dia menyandarkan dirinya ke dinding dan mengeluh puas. Kemudian dia mengambil sebatang rokok dan mencucuhnya. Disedut dalam-dalam rokok berjenama John itu sambil memikir bermacam masalah yang dihadapinya sejak berkecimpung di dalam dunia blogger ini.

Sekadar Hiasan


Masih ingat lagi ketika kali pertama menyatakan hasratnya untuk membuat satu blog kepada rakan-rakannya. Dia mengatakan bahawa dia ingin berkongsi ideanya terhadap dunia sekarang kepada orang ramai agar semua mendapat manfaat. Rakan-rakannya yang ketika itu bukannya blogger hanya mentertawakan beliau. Bukan setakat itu, malah diperlinya Akmal dengan menyatakan bahawa blog yang bakal dibuatnya itu hanya akan menjadi sebagai diari hidupnya dan bukan sebagai tempat ilmu. Rakan-rakannya menyifatkan sebuah blog hanyalah tempat untuk menceritakan hal-hal pribadi dan apa yang telah dilakukan pada setiap hari. Tetapi bagi Akmal tidak. Baginya sebuah blog banyak manfaat kalau digunakan sebaik mungkin. Baginya, memang terdapat segelintir blogger yang hanya sibuk menghiasi blognya sahaja tanpa memikirkan isi-isi yang berfaedah tetapi dia tidak ingin menjadi seperti itu. Dia ingin berkongsi maklumat-maklumat berguna kepada semua orang. Lagipun Akmal memang berbakat dan berminat dalam bidang penulisan. Jadi dia memilih blog sebagai jalan baginya mengembangkan bakatnya.

Setelah membuat sebuah blog 2 tahun lalu. Terdapat berbagai-bagai maklumat yang berguna didalam blognya. Niatnya hanya satu, dia ingin berkongsi ilmu dengan semua orang. Sejak dari itu, dia telah mencurah sepenuh ideanya bagi mengisi entri-entrinya. Dia juga begitu teliti dari segi penulisan dan bahasa yang digunakan agar pembacanya tidak keliru. Oleh sebab itu, dia sanggup berjaga malam bagi menulis entri yang berfaedah dan berguna sebagai tatapan pembaca. Dia juga tidak menggunakan jalan mudah iaitu copy and paste untuk membuat suatu artikel, tetapi beliau mencari dan mengkaji sendiri sesuatu topik sebelum dipaparkan didalam blognya. Dia tidak mahu artikel-artikelnya di label sebagai plagiat. Sejak dari itu, kehidupannya banyak dihabiskan dihadapan komputer ribanya. Internet dan blog adalah nyawa barunya. Makan, minum, tidur dan riadahnya hanyalah didepan laptop. Dia hanya berhenti apabila ingin ke tandas dan mengerjakan solat. Begitulah kehidupan seharian Akmal sehinggakan kedua ibu bapanya risau melihat keadaan anaknya. 

Sekadar Hiasan

Bagi ibunya, blog itu tidak akan menjamin masa hadapannya. Masanya juga akan terbazir sia-sia. Dia juga telah banyak kali dimarahi oleh ibu bapanya kerana terlalu asyik dengan blognya. Tetapi Akmal tidak mudah mengalah, baginya blog itu tidaklah sia-sia jika ramai yang mendapat manfaat daripadanya. Begitu juga dengan rakan-rakannya, selalu mencemuh ketaksuban Akmal itu. Mereka hanya tahu mengutuk dan memburukkan Akmal tanpa memandang kearah kebaikannya. Tetapi Akmal masih teguh dengan pendiriannya. Dia tidak pernah berhenti mencanang dan mengembang kan ideanya kepada orang lain. Dia sangat rajin menyebarkan hasil kerjanya kepada semua. Tiada erti penat lelah dalam usahanya untuk menjadikan blognya dikenali ramai. Dia juga selalu melawat dan membaca blog-blog rakan bloggernya untuk menambah idea dan skil didalam penulisannya selain mempromosi blognya. Dia tidak hanya mempromosi, bahkan menghargai entri rakan-rakan blogger seperjuangan dengan membaca dan memberi komen setiap entri di blog yang dikunjunginya.

Akhirnya, segala usaha dan masa yang telah dikorbankan olehnya membuahkan hasil. Blognya dikenali dan diiktiraf ramai atas kebijaksaannya dalam penulisan dan mengetengahkan idea. Begitu juga maklumat-maklumat berharga yang terdapat didalam blognya sebagai rujukan. Dia juga memperoleh ribuan ringgit hasil dari iklan yang disiarkan dan menjadi sebahagian dari blogger terkenal di Malaysia. Dia juga tidak kecuali dari menerima tawaran untuk menjadi seorang pengarang di sebuah akhbar yang terkenal tetapi dia tidak menerimanya kerana merasakan perjuangannya di dalam blog masih belum berakhir. Setiap hari, dia menerima ratusan komen baik memuji atau mengutuk hasil tulisan nya dan mempunyai ribuan pembaca setia. Tetapi dia tidak mendabik dada dan bermegah atas segala kejayaan itu. Dia masih lagi Akmal yang dulu, yang setia membaca dan melawat blog rakan-rakan bloggernya. Sekaligus menutup mulut ibubapa dan rakan-rakannya yang sebelum ini mencemuh dan mengutuk usahanya.

Sekadar Hiasan

Setelah menghabiskan rokok yang dihisap itu, Akmal membuka entrinya yang di ‘post’ sebentar tadi. Dia melihat terdapat puluhan ‘likes’ dan komen selepas beberapa minit tersiarnya penulisan terbarunya itu. Akmal tersenyum, kemudian menyambung perjuangannya yang belum selesai.

( Kisah ini adalah khayalan semata-mata. Tidak ada kena mengena samada yang masih hidup mahupun yang telah mati.)

p.s: Damn, I hate happy ending.

12 comments:

  1. nice entry...=)
    memang susah jadi blogger..tp hasilnye sangat best...kepuasan...

    www.jarijemariemas.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. macam biasa je alami benda tu...ssh nak tulis..tp klo dh tulis ssh nak benti..nk post nak kene make-up bagai..haishhh...

    ReplyDelete
  3. yeah...same la....kalau dah menaip, meleret-leret la jdinye...hehehe

    ReplyDelete
  4. btol2....tulis plak dah melalut lalut...aku la yg mlalut tu...huhuhuhu

    ReplyDelete
  5. blogging best sb boleh dpt ramai kawan walaupun hanya di alam maya..selamat berblogging..

    ReplyDelete
  6. engtkan cerita seram ke td punyelah smngt bcer samapi hbis,,happy berblogging!! =)

    Jom Kepung Dia!

    ReplyDelete
  7. Macam buat karangan SPM kan nak tulis entry. Hahaha~ Nasihat kepada Akmal: Merokok membahayakan kesihatan, amaran Kementerian Kesihatan Malaysia. Hahaha~

    ReplyDelete
  8. uii, susahnya nak buat satu entri pun, kan? :-P hahaha

    ReplyDelete