Saturday, February 26, 2011

MALAM YANG JAHANAM


(Amaran: Diadaptasi dari kisah benar dan ditokok tambah bagi menyedapkan cerita. Watak-watak asal juga diubah atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Jika terdapat persamaan, ia hanyalah secara kebetulan dan tidak disengajakan.)


Syafiq yang ketika itu sedang lena dibuai mimpi indah terjaga serta merta. Beliau dikejutkan dengan satu suara jeritan yang mengerikan.

“Ah sape plak ni yang terpekik memalam buta ni, aku tengah sedap mimpi dating ngan fouziah gous ni. aduh.” Kata Syafiq sambil terduduk di tepi sofa di rumah sewanya.

Beliau yang keletihan apabila pulang dari kerja tertidur di sofa selepas hanya menghempaskan dirinya beberapa minit akhirnya dikejutkan dengan suara jeritan yang agak kuat. Dia kemudian terduduk dan bingung melihat seorang wanita yang hanya berpakaian baju kurung dan tidak memakai sarung terduduk sambil berteriak tak tentu hala seperti diserang histeria. Rambut wanita itu kelihatan kusut dan serabut ditambah pula mukanya yang comot serta tidak dikenalinya membuatkan Syafiq bertambah bingung.


Sekadar Hiasan

 Kelihatan empat orang rakannya mengelilingi wanita tersebut untuk mententeramkan wanita itu. mereka semua kelihatan pana dan bingung sama seperti Syafiq.

“Pssst, Khairul. Sini jap. Pehal tu? Sape dia tu? Awek ko ke?!” Syafiq memanggil seorang rakannya dan bertanya.

“Ishh, mane ade. Aku tak kenal pun minah tu. Dia tiba2 je datang kat sini. Pastu menjerit. Mane aku tau!” jawab Khairul dengan lantang.

“Hmm aku ingat ko punye awek frust ngan ko lepas xnak tanggungjawab membuntingkan die. Hehehe.”

“Cis, banyak la ko. Wei, cube ko pegi tanye die pehal. Aku tak berani doe!”

Ah ko ni, harap je muke cam barua, tapi penakut. Meh sini aku settlekan.”

Syafiq kemudiannya melangkah dengan penuh control macho kearah wanita tersebut dengan tujuan untuk mententeramkannya setelah  empat orang rakanya gagal berbuat sedemikian. 





Belum pun sempat Syafiq bersuara, wanita tu menjerit lebih kuat dengan suara yang agak nyaring (high pitch, pitching tak lari punye).

“ARRRGHHHH. TOLONG SAYA!! ARRRGHHH!!!”

Syafiq kemudiannya tersentak serta merta melompat kearah Khairul. Serentak itu, Khairul dan rakannya yang lain tak dapat menahan ketawa.

“Hahahaha, tu la, lenkali jangan cakap besar. Kan dah kantoi ko takde t***r.” kata Khairul

Syafiq kemudian memandang tajam kearah Khairul kemudian menjawab,

“Aduh lek la, aku terkejut. Ni ko tengok ni.” kata Syafiq sedikit berlagak dan kemudiannya terus melangkah kearah wanita yang dari tadi tak habis-habis menjerit.

Syafiq mendekatinya kemudian memegang bahu wanita tersebut sambil berkata,

“Kak, sabar kak. Kenapa ni, cube cakap dekat saya kenapa ni. mane tau kot2 kitorang leh bantu.”

Tangisan dan jeritan semakin reda pabila mendengar suara lembut Syafiq. Kemudian berkata sambil menangis teresak-teresak,


Sekadar Hiasan


Tolong kak, dik. akak kene rogol ni. akak datang sini dari kampung nak cari adik akak. Last2 kene rogol. Tolong akak dik.”

Syafiq dan rakannya yang lain berpandangan sesama sendiri. Ini kes serius! Kemudian Syafiq bertanya lagi. Gayanya ibarat polis sedang membuat interrogation terhadap seorang penjenayah dalam bilik gelap,

“Eh, kak. Betul ke? Kat mane tu akak kene, akak cam lagi tak camne rupa perogol tu?

“Yela dik, betul. Diorang rogol akak kat simpang nak masuk kat lorong ni. mm, akak tak ingatlah camne rupa diorang, mase tu gelap.”

“Hmm, diorang ade ambik pape tak dari akak?” soal Syafiq lagi

Ada, diorang amek dara akak dengan beg tangan akak.”

Syafiq kemudiannya berhenti bertanya dan memandang rakannya. Kedengaran mereka berbisik sesama sendiri,

“Dara? Die ade dara ke? Aku tengok die cam mak orang dah.” Kata Amat, seorang lagi rakan Syafiq.

Kemudian Syafiq termenung, begitu juga rakan-rakannya. Mereka bingung melihat situasi sebegini yang tidak pernah mereka lalui. Akhirnya Karim, bersuara setelah lama mendiam,

“Wei, ape kita nak buat ni. takkan nak biar je dia camtu. Sian die dowh.”

Aah, aku tak sanggup tengok die nangis-nangis camtu. Ko tepon la polis, Syafiq.” Kata Amat pula.

“Hmm, yela2. Elok gak tu. Bia polis je la yang setel.”

Seketika kemudian, Syafiq pergi mengambil henponnya yang tertingal di atas sofa kemudian terus mendail nombor balai polis berdekatan.


Sekadar Hiasan

 “Helo, polis ke ni? saya nak melapo………”

“Hah, bukan2, saya tukang urut batin. Kenapa nak saya urut tuan polis pulak ke?”

Serentak itu Syafiq menekan butang off call, sekali silap nombor daa. Sekaligus mengantoikan beliau kerana selalu menggunakan tukang urut kerana lemah tenaga batin. Setelah mendail nombor telefon yang betul beliau kemudiannya menceritakan perkara yang terjadi kepada polis tersebut.

Setelah melaporkan kejadian tersebut kepada polis, wanita tersebut terus berlari kearah Syafiq dan berkata,

“Wei, kenapa ko tepon polis?  Akak taknak perkara ni dihebohkan, akak malu!”

Syafiq kemudiannya terdiam, dan berkata,

“Saya rasa lebih baik kite serahkan perkara ni kepada polis. Supaya mereka dapat menangkap perogol akak!”.

Wanita itu terdiam seketika. Kemudian terduduk dan terus menjerit-jerit sambil menangis. Kali ini lebih kuat.

“AKAK MALU, AKAK MALU!!”

Kemudian Syafiq dan rakannya semakin resah melihat keadaan itu. mereka sudah tidak tahu bagaimana untuk mententeramkan wanita itu. akhirnya jeritan yang kuat itu menyebababkan jiran sebelah mendengarinya. Kemudian datang dua orang brader busybody berbadan besar dan tough ke rumah mereka.

“Apehal ni terpekik memalam bute ni? ape kes?!” kata Malik, jiran mereka yang berbadan besar itu.

“Sape pompuan ni? korang punye cikaro ke?nak bantai pun diam la sikit! Nak tido pun susah!” kata Sazali, juga berbadan besar.

“Eh bro, kitorang tak kenal pun sape akak ni. die mintak tolong kitorang, die kene rogol!.” Kata Khairul yang agak rapat dengan brader tersebut.

“Hah! Kene rogol? Ish. Mane orang tu! Mane! Aku nak bantai sikit! Kurang asam!” jerit Malik dan Sazali serentak sambil keluar melihat ke kiri dan kanan untuk mencari perogol tersebut. Dari jauh kelihatan badan mereka berketul-ketul. Membuatkan Syafiq merasa kagum dan memasang impian untuk menjadi seperti mereka.

Kemudian dari jauh Khairul menjerit kepada mereka,

“Bro, lek bro. lek. Kitorang da call polis. Bila2 mase je diorang akan datang!”

“Oh yeke, nasib baik dah call, kalau tak dah lame aku cari budak keparat tu!” kata Malik marah.

Kemudian mereka semua kembali tenang dan berdiri di garaj rumah sewa itu. Wanita tersebut masih lagi menangis-nangis dan menjerit mungkin kerana nasib malang yang menimpanya. Sudahlah adiknya tidak ketemu, bahkan dirogol pula. Ditambah dengan muka yang cantik sebegitu. Siapakah yang tidak sedih?

Mereka kemudiannya menggeleng kepala serentak melihat keadaan malang wanita itu dan menunggu sahaja ketibaan polis. Sedang mereka menghisap rokok untuk menteramkan keadaan, wanita tersebut datang kearah mereka dan berkata,

“Dik telefon depan tu elok tak? Akak nak telefon suami akak la.” Kata wanita tersebut yang kelihatan sudah tenang.

“Errr, telefon tu……..”

Belum pun sempat Amat menjawab, wanita tersebut kemudian berlari-lari anak kearah pondok telefon ‘hello’ di hadapan rumah mereka. Daripada jauh mereka nampak wanita itu seperti bercakap dengan seseorang. Serentak itu mereka berpandang sesama sendiri. Pelik!

Tidak lama kemudian, polis pun sampai. Mereka akhirnya lega kerana masalah mereka akan selesai setelah hampir lima jam terpaksa menangguhkan waktu tidur mereka gara-gara wanita tersebut.

Kelihatan polis tersebut keluar dari kereta mereka tergesa-gesa meluru kearah Syafiq dan rakan-rakannya.

“Mana pompuan yang kene rogol tu? Mane?.” Kata polis tersebut.

Kemudian serentak mereka menuding jari kearah pondok telefon di hadapan rumah mereka. Polis tersebut kemudiannya pergi mendekati wanita tersebut. Setelah menghampirinya, polis itu kemudian berpaling kearah mereka sambil tergelak-gelak.


Sekadar Hiasan

 Syafiq dan lain-lain bingung, kemudian mereka berlari kearah polis tersebut dan bertanya apakah sebenarnya yang berlaku. Setelah 15 saat terguling-guling diatas lantai akibat tidak dapat menahan ketawa, akhirnya polis tersebut menceritakan perkara sebenar setelah didesak oleh mereka semua,

“Ce citer, ce citer ce citer!” kata mereka semua serentak

“Yang sebenarnya, pompuan tu GILA. Korang ni entah mangsa ke berapa dah ni. aku pun taktau sebab pe die jadi gila. So, untuk mengelakkan perkara camni berlaku lagi, kitorang terpaksa menahan die.”

Setelah itu,muka  mereka semua merah padam. Nafas mereka semakin laju, jantung berdegup pantas. Kemudia mereka berpandangan sesama sendiri.

Kelihatan polis tersebut menggari wanita GILA tersebut. Wanita itu meronta-ronta melawan polis tersebut. Kemudian kedengaran wanita itu menjerit,


Sekadar Hiasan

 “KORANG NGAN POLIS SAME JE. NAK B***T JE TAW.”

Serentak mereka semua ketawa terbahak-bahak melihat situasi itu. kemudian Khairul berkata sambil tergelak,

“Patutla telefon rosak dibantai dia wat cam elok. HAHAHAHA”

“hahaha, cakap ‘ade dara’, pastu nak tepon ‘suami’ die lak tu. Hahahaha.” Tambah Syafiq

“Patut la xnak kite call polis, dia takut kene campak kat tanjung rambutan la tu. Hahahaha.” Karim pula bersuara

Mereka semua tidak bekerja keesokan harinya kerana penat bergelak sepanjang malam.


TAMMAT

6 comments:

  1. Hahahaha...lawaklah citer kamu nie..anikimaro...hehehehe tersengih-sengih Panglima bila membacanya. Baik nyer jalan citer...kah kah kah kah....Good Bro.!! Panglima terhibur. Keep it up.

    ReplyDelete
  2. Tak lawak langsung. Waste of my 5 minutes. Aku bukak link pun seab kau promosi kat blog lain. Cuba lkagi kalau nak jadi ccomedy writer. Klau tak takyah mimpi nak promosi blog

    ReplyDelete
  3. anonymous:
    xpa la aku ok ja gelak2...heheheh~

    ReplyDelete
  4. da agak da..mesti ade yg xkne dgn cite nih...sengeh gak aku bace entry ni...sengal...hahahaaa

    ReplyDelete
  5. penat gile baca panjang2.. ceh..

    ReplyDelete