Monday, February 7, 2011

KISAH TIGA MALAM

Aku ni ada banyak hobi-hobi yang nak dilakukan kalau aku bosan, tapi dalam banyak-banyak tu, aku ada satu hobi yang pelik, tapi bagi aku ianya amat menarik. Hahaha, sukacitanya dimaklumkan hobi aku tu ialah mencari hantu, dengan kata lain aku ni jadi ‘seekers’ la kejap walaupun da tau diorang tu penipu. Memang tak masuk akal kalau cakap cari hantu sebagai hobi, tapi bagi aku itu semua adalah cool. So kali ni aku nak kongsi la ngan korang semua serba sedikit pengalaman aku bermain dengan keliwon ni. Ok, aku dah banyak kali cari hantu dan banyak kali jugak jumpe perkara pelik-pelik, yang aku nak senarai kan sekarang ni adalah perkara yang paling pelik dan seram la time kitorang mencari keliwon ni. Aku mencari bukan sorang-sorang tau, tapi ngan member. Paling kurang pun mesti ada tiga orang kalau nak memulakan operasi. Aku ni nampak je berani, tapi kalo duk sorang-sorang lam gelap, kecut gak. Hehe.


Aku dapat tau yang hobi ni cool sejak sekolah menengah lagi, so nak bagi senang cerita, aku buat timeline sejak dari zaman sekolah menengah sampailah ke zaman sekarang. So , layan...




MALAM 1
( sekolah menengah)

WAKTU: PUKUL 3 am

TEMPAT: DEWAN BESAR SEKOLAH

malam tu bulan mengambang, katak ngan cengkerik dari tadi dok wat gigs tak abeh. Ari pulak baru lepas ujan, sejuk dia sampai ke tulang hitam. Aku ngan tiga orang member ni lak tak dapat nak tido lagi. Bukan ape, malam tu malam jumaat, esok pulak cuti. So apa lagi, overnight la sambil borak-borak kosong. Tah macamne lak malam tu ada member aku sorang ni dia g open cerita hantu. Kitorang ni pantang dengar cite hantu ni, memasing excited.

Nak dijadikan cerita, kitorang pun rancang la nak pegi  cari si ‘keliwon’ ni kat dewan besar sekolah kitorang. Kat situ memang keras. Ramai da orang cakap, nak-nak plak malam tu malam jumaat, lagi la ‘natang’ tu suke keluar. So kitorang berempat pun pegi la dengan bertemankan keropok rota sebungkus  ngan lilin dua batang. Masa pegi tu masing-masing excited takde buat muka cuak pun. Bile da sampai je, sume diam. Aku pulak buat-buat berani pastu jadi macam group leader. Aku bawak diorang ni masuk ikut jalan belakang, kiranya masuk ikut belakang pentas la. Sebab sebelum ni ada dak senior cakap, piano kat bilik bawah tanah tu selalu berbunyi sendiri, harap-harap dapat dengar la bunyi tu, mana tau dia main lagu fav aku ke. Hehe.

ni la dewan puaka tu
  Bila kitorang dah naik kat atas pentas tu, kitorang berdiri betul-betul kat tengah pentas. Aku pandang depan, fuh gelap gulita. Nampak sikit2 je cahaya tiang lampu jalan kat luar. Aku cakap kat diorang, kita tunggu situ. Kitorang pun bersila panggung la kat pentas tu sambil mengharap keliwon akan wat show malam ni. 5 minit pertama takde pape jadi, tapi masuk je minit kesepuluh, ‘mereka’ mula beraksi. First sekali malam tu, kitorang dengar ada bunyi kerusi bergerak sendiri. Tiba-tiba je bunyik. Kitorang pun tersentak la. Bunyi dia macam ada orang sepak kerusi tu. Masing-masing teleng kepala tengok kiri kanan ne tau ternampak kelibat ‘diorang’, tapi tak nampak pape. aku pun fikir maybe kucing je kot.

 Show tak terhenti disitu, tak lame kemudian ada member aku sorang ni tepuk2 bahu aku, suruh tengok kat luar tingkap belah kanan, katanya dia nampak ada lembaga putih lalu kat situ. Member aku yang lain sume dah kecoh. Aku suh diorang diam, nanti ‘natang’ tu lari. Tiba-tiba ada sorang member aku tu dia lari ke tengah dewan. Dia menjerit-jerit. Kitorang terus senyap. Abis semua kerusi kat situ dia sepak macam kena histeria. Dia jerit ‘wei, keluar. Jangan menyorok!’ kitorang tak nampak pape masa tu. Tak lama pastu, dia calm balik, dia naik semula atas pentas, kitorang tanya, apsal ko macam orang gila je tadi. Dia cakap dia nampak toyol, tu yang dia kejar. Kitorang  pandang sama sendiri. “DAMN!”. Pastu kitorang blah dan xdatang2 dah kat situ malam-malam.

*****************************


MALAM 2
 (lepas SPM)

WAKTU: PUKUL 12 pm

TEMPAT: SEBERANG TEMERLOH


Malam tu, cam bese lepak kat tepi rumah aku. memang rumah aku da jadik port untuk melepak member-member aku. kalau ada event ke ape ke, mesti berkumpul kat umah aku dulu. Tapi malam tu xde event pape pun, cume bosan sikit takde mende nak buat. masa tu ada 5 orang (hati kering) ngan sebijik kereta. Tengah-tengah planning camne cara nak hilangkan bosan, tiba-tiba je terdetik kat hati sorang member aku ni ajak pegi ambik gambar ‘keliwon’ kat satu tempat yang dia tahu. Pastu dia citer la kedahsyatan puakanya tempat tu kat kitorang. Dengan berbekalkan hati yang kering ni, kitorang pun angguk serentak tanda setuju.

Tepat pukul 12.30 pm, kitorang dah sampai kat tempat yang dimaksudkan. Jalan nak masuk tempat tu memang horror gila. Hutan kiri kanan, lampu jalan xde yang ada lampu kereta kitorang je. Gelap dia takde hingat punye. Sebelum nak sampai kat tempat tu kitorang kena lalu kat satu simpang ni, kat tepi simpang belah kanan, member aku cakap ada kubur tunggal terbiar. Masing-masing dah teleng belah kanan nak tengok. Memang betul, kelihatan satu batu nisan diperbuat dari kayu kat celah-celah semak. Bulu roma aku dah tegak. Masa tu kitorang bukak radio, selepas melintasi je kubur tu, tetiba siaran radio terganggu. Serentak dengan itu, kedengaran suara perempuan mengilai. Sayup je. Tapi jelas kedengaran. Aku da diam masa tu. Tengok member aku yang lain sume muka cuak tapi masih lagi control macho. Nasib la aku duk tengah, takde la gabra sangat. Tu baru sikit. Tak lama lepas kitorang meredah gelap gulita tu semua, maka sampai la kitorang kat satu rumah banglo yang dimaksudkan member aku ni. Menurut citer beliau, penduduk kampung tu sendiri tak berani lalu tempat tu baik malam mahupun siang sebab dah macam cerita diorang dengar. Ada yang cakap kat rumah tu ada kes pembunuhan la, kes rogol la. Macam-macam. Maybe sebab tu tempat tu haunted kot. Tapi kitorang sampai gak kat situ walaupun dah macam2 citer kitorang dengar. 

Korang berani x usha rumah camni malam2?
 Masa tu member aku yang drive ni berhenti betul-betul kat depan rumah tu. Walaupun gelap, rumah tu jelas kelihatan dengan bantuan spotlight kereta. Perghh, rumah tu memang nampak dah lama terbiar. Rumah tu banglo dua tingkat, tingkap kat situ semua dah pecah maka kitorang boleh nampak struktur bahagian dalam rumah tu. Lepas tu, member aku yang sorang ni pun snap la beberapa pics rumah tersebut dengan harapan ada ‘natang’ tu enterframe. Dah snap tu, kitorang buat ‘u’-turn. Then blah. 

Kat sini la kitorang lepak usha gambar2 banglo tu
 Sebelum balik rumah, kitorang lepak kat satu jambatan patah untuk usha-usha gambar yang kitorang snap. Sebelum tengok tu, ada member aku sorang ni cite la ape yang dia nampak masa nak buat ‘u’-turn tu. Dia cakap dia nampak satu lagi kubur tunggal sebelum balik tu. Patut la dia diam je tadi. Aku pun dah tak sabar nak tengok gambar tadi. Check2 dslr dia, ada la lam 7 keping dia amek. Kitorang pun excited tengok tapi malangnya gambar tu bese je, takde pape tapi yang ‘horror’. Tengah syok belek-belek tu aku terperasan sesuatu. Ok, tadi kitorang snap lam 7 keping gambar, kalau ikut susunan mesti la 101 – 102  – 103 – 104  - 105, then 106 kan?(mase tu lam memory dia dah ada seratus lebih gambar) tapi mase tu susunan dia camni, 101 – 102  - 104 – 105 - 106 and 107. Gambar 103 dah hilang! Puas member aku tuh selongkar lam memory dia, tapi memang takde. Nak kata delete, mesti nombor tu ikut susunan balik kan, tapi nombor 103 ni terus lenyap. Kitorang try snap satu gambar then deleted on the spot, tapi masih ikut susunan dan nombor tak hilang! Kitorang pandang sesama sendiri. “DAMN!” dan kitorang terus blah balik rumah.

*****************************


MALAM 3
 (cuti semesta kolej)

WAKTU: PUKUL 2.00 am

TEMPAT: TAMAN REKREASI KUBANG GAJAH


Pagi tu macam biasa, aku ngan member-member lepak kat kedai minum untuk membazir masa lepak sambil tanya khabar memasing. yela, dah lama tak jumpa, time cuti je bole hang out camni. Masa tu tengah ‘hot’ cerita hantu kat satu taman yang baru buat kat tempat kitorang. Dengar cite ada orang lepak kat situ malam-malam masa mula2 taman tu bukak, diorang pun snap la satu gambar nak wat kenangan la kononnya. Lepas snap tu, diorang nak tengok la hasilnya tup-tup keluar gambar ‘natang’ tu kat kebelakang dia. Nak tengok gambar tu klik SINI. Kitorang memang pantang kalau ada cerita camni, malam tu aku ngan 6 orang member lain pakat-pakat nak g usha ‘natang’ tu malam ni. Masa tu ada dua bijik kereta, so kitorang gerak tanpa melengahkan masa.

Taman Puaka pada waktu malam
Masa kitorang sampai tu, tempat tu gelap, tak macam yang ada kat gambar tu, cerah. Dengar citer tempat tu dah ditutup malam2 sebab kejadian lam gambar tu la. Pak guard pun tak berani nak jadi jaga kat situ malam-malam. So, malam tu suasana kat situ agak ‘horror’. Masa tu kitorang masuk ikut jalan belakang, kononnya masuk kat situ lagi gempak la. Tempat tu memang gelap giler, nasib la bulan penuh malam tu, nampak gak la jalan nak lalu. Kitorang berenam pun teruskan la perjalanan mencari keliwon ni. Taman ni tak besar pun, tapi ada tasik la kat situ, kat sekeliling tasik tu ada tempat pejalan kaki disediakan untuk orang nak jogging. Pastu kat setiap penjuru tasik tu ada la pondok tempat berteduh. Kalau kira-kira ada la dalam 4 pondok berteduh kat situ (kalau tak silap). Malam tu kitorang nak tawaf tempat tu dengan syarat mesti berenti kat setiap pondok tu untuk checkpoint (ceh, cam explorace la pulak).

Ni la pondok checkpoint yang berhantu
 Ok, masa checkpoint pertama kitorang berenti, tak banyak perkara berlaku melainkan bunyi anjing yang dari tadi melalak sejak dari mula-mula kitorang sampai. Member aku cakap tu petanda dia nampak ‘sesuatu’. Tak tau la kan, so kitorang teruskan perjalanan. Sebelum sampai je kat checkpoint kedua tu, member aku yang dari tadi dok jalan depan je tiba-tiba terberenti. Pastu die pandang belah kiri kat pondok seberang tasik tu. Mase tu ada la lam dua tiga ikut sama pandang, aku dan yang lain-lain borak-borak dengan niat untuk hilangkan rasa takut  bosan. Diorang cakap ada ternampak satu lembaga berambut panjang duduk kat situ. Kitorang semua terdiam jap, pastu teruskan perjalanan sebab nak terkencing cepat. Sampai kat checkpoint ketiga, kitorang lepak jap kat situ. Kitorang borak2 la kat situ wat macam xde pape. ada yang panjat-panjat tiang pondok, ada yang baring2, semua buat macam hari siang. Tak lama je pastu, kitorang terdengar bunyi tapak kaki kat semak belakang pondok tu, aku wat taktau je mule2. Bila dah dua tiga kali dengar makin kuat dan makin rapat, kitorang angkat bontot cepat2 nak bla. Member aku yang sorang tu dari tadi bising, tiba-tiba diam lepas dengar bunyi tu. Lepas checkpoint ketiga tu punya pasal, checkpoint keempat langsung kitorang tak pandang sebab nak g kat kereta cepat2 nak bla.

Sampai je kat kereta semua diam, pastu tanya memasing dengar tak bunyi mase lepak kat pondok ketiga tu. Semua mengangguk. Bukan tu je, sebelum naik ke tempat kereta tu, member aku yang sorang ni kata dia ternampak gelombang besar kat tasik tu. Aku cakap la maybe tu ikan, pastu dia mati-mati cakap tak! sebab gelombang tu besar giler. Pastu member aku yang dari tadi diam bagitau dia ada nampak lembaga berambut panjang kat setiap checkpoint. Kitorang pandang sesama sendiri, “DAMN!” semua naik kereta cepat2 pastu blah terus. Sampai sekarang tak berani jejak tempat tu malam-malam dah.

Ok cukup sampai sini, aku tak sanggup nak cerita lebih sebab dah macam2 bunyi dah aku dengar kat rumah aku ni, bulu roma dari tadi mencanak. So, jangan biarkan diri anda diselubungi keliwon!


p.s: Semua cerita ni adalah kisah benar yang aku alami sendiri masa dulu. Tarak tipu punya maa!

15 comments:

  1. err baca esok boleh tak cerita ni...hehe

    ReplyDelete
  2. hehehe,,lek la..tak seram pun citer ni...

    ReplyDelete
  3. perghh seriau la derrr. adeh adeh. lu memang hati kering laa. hahaha

    ReplyDelete
  4. hobi bosan2 je....lama da tak 'mencari' ni...terasa nak g lak...hehehe

    ReplyDelete
  5. seram + kelakar = bez shiot. . hahaha..

    ReplyDelete
  6. uh,thanks...nak follow kitorang cari keliwon?

    ReplyDelete
  7. Gilers ahh ko nih...bia bete...org Temerloh ke?

    ReplyDelete
  8. aah,koi mmg org temerloh pon...aok orang temerloh ke? hehe

    ReplyDelete
  9. tadew keje ny nk follow korg. . .
    sat g tcabut sj anak tekak ni jerit .. hahaha. .

    ReplyDelete
  10. hehe datang lagi..dah baca..tak seram pun kan.hahaha

    siang boleh la..malam tadi hampeh.tak baca/.haha

    ReplyDelete
  11. lau buat sorang2 mesti x berani kan..hehehe~

    ReplyDelete
  12. j0m r cari....ahahaha....lme da ta wt kan?????- padil

    ReplyDelete
  13. ah ye aok padil, aok bkn berani...hehehe

    ReplyDelete
  14. pelik-pelik je hobi.kalau boleh nak elak jumpe..ni mencari..haha.

    ReplyDelete
  15. peristiwa gambar hilang tu ak pom penah jadi jgk,. time tu ak ad jungle treking kt satu bukit siang hari la. org cakap ad kubur cina tunggal kt bukit tu. ak g la tgk. kubur tu besar dan usang jgk la. byk jgk la gmbr ak snap pkai hp ak ni. bile ak blk ak cr blk gmba kubur tu xde. sume xde. gmba len ad plak. smpai rini ak msh ag konpius

    ReplyDelete