Friday, January 28, 2011

Makhluk Terbang Terbaik Dunia





Boleh dikatakan, apabila membincangkan tentang terbang, lalat adalah makhluk paling berbakat. Seekor lalat dapat mengepakkan sayapnya sekitar 500 hingga 1000 kali setiap saat.

Berhenti di sini, dan fikirkan sejenak. Kadar yang disebutkan bukan sejam dan tidak juga seminit; tetapi hanya sesaat. Ia itu sama masa yang korang gunakan untuk mengelipkan mata korang. Lalat dapat mengepakkan sayapnya sekurang-kurangnya 500 kali ketika korang membuka dan menutup mata kkorang. Fikirkan contoh berikut: Apa akan korang lakukan sekiranya korang diminta membuka dan menutup tangan korang 10 kali dan bukannya 500 kali? Sudah tentu xlogik untuk korang melakukannya 500 kali dengan otot-otot yang korang milik ini. Lalat, dengan otot-otot luar biasanya, dapat membuat satu tugas yang tidak dapat korang melakukannya. Tambahan pula, lalat tidak menghadapi sebarang kesukaran ketika mengepak sayapnya; otot terbangnya tidak akan tercabut. Kerana Allah telah menjadikan mereka dengan sistem yang hebat. Kalau korang dapat melihat lalat dengan dekat, ia tidak menghadapi sebarang kesukaran ketika terbang. 


Bagaimanapun, sebenarnya ia adalah gerakan yang penting dan sukar. Korang mengenali helikopter dan kapal terbang. Tahukah korang bila manusia mula menggunakannya? Mesin yang dapat terbang hari ini hanya direka pada hujung abad lepas. Ini bermakna beratus-ratus tahun dulu, tidak terdapat kapal terbang atau helikopter macam yang ada sekarang. Jurutera dan juru teknik telah mengkaji sekian lama; mereka bekerja selama beberapa tahun dan hanya berjaya menghasilkannya tidak beberapa lama dahulu. Perhatikan: Hari ini tidak ada satu pun mesin yang dapat terbang seperti lalat. 

Ciri-ciri ini terdapat pada beberapa jenis helikopter yang maju. Tetapi berapa lama pun usaha yang dijalankan dan enjin canggih yang kuat, helikopter ini masih tidak memiliki kebolehan untuk terbang seperti lalat. Sekarang, perhatikan lalat yang kamu temui. Perhatikan apa yang dapat kamu kesan: Korang akan mendapati lalat tersebut tidak terbang dalam keadaan lurus. Lalat dapat ke mana sahaja yang dikehendakinya dengan melakukan gerakan yang lincah. Contohnya, ia dapat melakukan “zigzag” di udara, dan melakukan peralihan mengejut. Ia dapat mendarat di atas sebarang permukaan, walau sesukar mana sekali pun. Ia dapat mendarat di atas siling atau dinding menegak dengan mudah.



Sumber: Harun Yahya



p.s: Lalat meloncat ke belakang sebelum terbang

No comments:

Post a Comment