Monday, January 24, 2011

KEAJAIBAN CAP JARI


Ketika Tuhan menyatakan dalam Al-Qur'an bahawa amat mudah bagiNya untuk membangkitkan manusia selepas kematian, cap jari manusia secara khusus ditekankan:

Apakah manusia mengira bahawa kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang-temulangnya?. Bahkan, Sebenarnya Kami berkuasa untuk menyusun (kembali) jari-jemarinya dengan sempurna. (Surah al-Qiyamah; 3-4)

Kepentingan dalam cap jari mempunyai pengertian yang istimewa. Ini adalah kerana set cap jari setiap orang adalah unik bagi dirinya. Setiap orang yang hidup atau pernah hidup dalam dunia ini mempunyai satu set cap jari yang unik dan ia tidak akan sama.

Ini adalah sebab mengapa cap jari diterima sebagai satu bukti penting pengenalan diri, yang eksklusif kepada pemiliknya, dan digunakan untuk tujuan pengenalan identiti di seluruh dunia. cap jari juga tidak mungkin terhapus walaupun jari terbakar melainkan tangan kita putus.

Tetapi apa yang lebih penting ialah bahawa ciri-ciri cap jari ini baru ditemui pada akhir kurun ke 19. Sebelum itu, manusia menanggap cap jari adalah satu lengkungan yang biasa tanpa sebarang kepentingan atau pengertian yang spesifik. Bagaimanapun dalam Al-Qur'an, Tuhan mengisyaratkan cap jari, fakta yang tidak menarik minat siapa ketika itu, dan menarik tumpuan kita kepada kepentingannya- satu kepentingan yang akhirnya baru difahami hari ini.


petikan dari karya Harun Yahya: Keajaiban Saintifik Al-Qur'an (Klik untuk membaca dengan lebih lanjut) 

2 comments: