Tuesday, January 25, 2011

Ilmu Sains Masyarakat Sumeria





Masyarakat Sumeria mempunyai sistem angka mereka sendiri. Mereka mencipta sistem matematik berdasarkan nombor 60 (sexagesimal), tidak seperti sistem perpuluhan yang kita gunakan hari ini. Sistem mereka masih memainkan peranan penting pada hari ini, seperti kita ada 60 minit dalam sejam, dan 60 saat dalam seminit, dan 360 darjah dalam satu bulatan penuh. Oleh sebab ini, masyarakat Sumeria yang ilmu matematik mereka telah menemukan formula geometri dan algebra terawal dianggap sebagai pengasas matematik moden.

Tambahan pula, masyarakat Sumeria mencapai tahap yang lebih baik dalam bidang astronomi, serta pengiraan tentang tahun, bulan dan hari hampir serupa dengan kita hari ini. Kalendar mereka yang mempunyai 12 bulan dalam setahun juga digunakan oleh masyarakat Mesir purba, masyarakat Greek dan beberapa komuniti Semitik lainnya. Berdasarkan kalendar ini, satahun terdiri daripada dua musim – musim panas dan sejuk. Musim panas bermula pada ekuinoks musim bunga, manakala musim sejuk tiba pada ekuinoks musim luruh.



Masyarakat Sumeria juga mengkaji alam semesta dari menara yang mereka gelar sebagai ‘ziggurat’. Mereka mampu meramal gerhana matahari dan bulan seperti yang dapat dilihat dengan jelas dalam beberapa rekod. Dalam mencatatkan penemuan astronomi, mereka membuat carta untuk sejumlah besar koleksi bintang. Sebagai tambahan kepada Matahari dan Bulan, mereka juga mengkaji dan memerhati pergerakan planet Merkuri, Venus, Marikh, Jupiter dan Saturn. Pengiraan yang mereka hasilkan 5,000 tahun lalu kini telah disahkan oleh imej yang dihantar semula ke Bumi oleh kapal angkasa.



p.s: orang sekarang ni pun boleh menarik bulan dengan bintang tanpa bantuan sebarang teknologi. Hanya guna plastik dan setin gam ‘dunlop’. Silap-silap boleh buat kuasa lagi. hehe

No comments:

Post a Comment