Monday, January 31, 2011

Air Yang Dicincang Tidak Akan Putus

Cuaca pada petang itu tidaklah begitu baik. Sejak dari pagi, hujan turun dengan lebat dan tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti. Segala aktiviti yang hassan rancang pada petang ini terpaksa dilupakannya. Dia hanya mampu duduk diatas kerusi batu di beranda rumah sambil melihat hujan yang turun. Dengan ditemani secawan teh panas yang baru dibuat sebentar tadi dan sebuah novel kegemarannya, Hassan bersandar pada dinding rumah dengan harapan hujan akan berhenti turun pada bila-bila masa.
 
Ketika tengah leka membaca novel kegemarannya, hassan terdengar satu suara yang mengganggu kelekaannya.


“hassan! kemari kau. Dimana kamu menghilang?!”

“saya disini abang. Abang mahu apa?”

“Kemari saja kau. Jangan nak berdalih!”

“err, baiklah abang.” 

Hassan bangkit dari kerusinya dan terpaksa meninggalkan novel yang baru dibacanya untuk pergi kearah abangya, hussin. Didalam hatinya, dia sudah tahu apakah yang akan diarahkan oleh abangnya,

“Ya abang, abang mahu apa?”

Hussin tidak terus menjawab pertanyaan adiknya. Hussin memandang adiknya dari atas kebawah. Kemudian dia berkata,

“kau pergi mana tadi? Puas aku memanggil kau. Mengapa tak menjawab?” Tengking hussin.

“Sssaya, saya baca novel tadi, tak perasaan yang abang panggil saya. Maaf.” Jawab hassan terketar-ketar.

“maaf saja kau tahu, perasaan aku kau tak tahu!” gertak hussin sambil menolak adiknya sehingga terjatuh.



“maafkan saya abang, saya tak perasan”. Jawab hassan sambil menahan sakit.

“ahh, sudah! Bangun kau. Aku mahu kau pergi ke kedai untuk beli aku punya rokok. Duit aku takde, guna duit kau dulu. Nanti aku bayar”

“Tapi bang..”

“takde tapi-tapi. Pergi sahaja sebelum aku lempang kau. Kau jangan risau, nanti aku bayarlah!”

“Duit saya tak kisah, abang. Tapi sekarang ni kan hujan. Payung dirumah kita sudah hilang. Bagaimana saya mahu pergi?”. Hassan menjawab kerana dia tahu abangnnya tidak pernah menunaikan janjinya.

“hujan tu bukannya api! Takde apa-apa. Jangan kau nak jadi manja sangat. Kau tu laki. Dah, pergi cepat!” 

“hmm, baiklah abang.” Jawab hassan lemah.

Mahu tak mahu, hassan terpaksa pergi juga kerana jikalau dia degil, maka sepak teranjang adalah jawapannya. Hassan sudah lali dengan semua itu. Abangnya seringkali memukulnya walaupun dia tidak melakukan kesalahan. Hassan redha, dia tidak sesekali pun membenci nya malah sering mematuhi segala arahan abangnya kerana hassan tidak mempunyai sesiapa selain abangnya. Kerana ibu dan bapanya telah meninggal dunia akibat kemalangan 2 tahun lalu. Tambahan pula, hassan hanyalah penumpang di rumah abangnya kerana tidak sanggup tinggal keseorangan di rumah tinggalan arwah ibu bapanya. Oleh kerana itu, dia tidak berani mengingkari abangnya.


Hassan mencapai baju hujannya dan pergi meredah hujan lebat untuk membeli rokok abangnya. Ketika didalam perjalanannya ke kedai, hassan telah terserempak dengan seorang budak kecil yang mengemis di tepi jalan. Budak tersebut kelihatan sangat lemah, pakaiannya pula ibarat kain perca yang ditampal-tampal di badannya. Seluruh badannya dihurung oleh lalat. Hassan, merasa kasihan. Dia bersyukur bahawa kehidupannya adalah lebih baik berbanding budak tersebut walaupun dia mempunyai seorang abang yang garang dan sering membelasahnya. Hassan sedar, bahawa jika kita menganggap diri kita adalah yang paling malang, kita kena tahu bahawa ada lagi insan yang lebih malang dari kita. Oleh kerana itu, hassan tetap menyanyangi abangnya yang selalu mengambil kesempatan terhadapnya.

Setelah membeli rokok yang dikirim, hassan pulang ke rumah. Kelihatan ketika itu hujan telah berhenti. Hari kembali cerah. Hassan tersenyum tersendiri melihat keindahan pelangi yang muncul di tepi padang permainan.


“indah sungguh ciptaan tuhan.” Bisiknya dalam hati

Ketika sampai dirumah, kelihatan abangnya sedang bersiap-siap untuk keluar. Sebaik sahaja hassan masuk ke rumah, kedengaran abangnya menjerit ke arah nya,

“wei, budak. Apsal lambat sangat! Puas aku tunggu. Mana rokok aku?” 

“Maaf abang, ni rokoknya.” Jawab hassan.

“ah, bagus. Sekarang, aku nak kau kemas rumah ni, cuci pinggan dan lipat baju aku. aku nak keluar ni. Mungkin balik lewat. Balik nanti aku nak tengok rumah ni kemas. Faham?!” hussin mengarah.

“baiklah.”

“satu lagi, makanan dah takde. Ko pandai-pandai la nanti macam mana nak makan.”

Hassan hanya mengangguk lemah. Sejak pagi tadi Hassan tidak menjamah walau sebutir nasi. Hari ini, dia terpaksa berpuasa lagi. Sudah seminggu hassan berpuasa kerana abangnya tidak menyediakan makanan untuknya. Abangnya tidak pernah makan dirumah, dia hanya pentingkan dirinya sendiri. Hussin langsung tidak memikirkan tentang adiknya. Dia hanya tahu keluar dan berfoya-foya dengan wanita-wanita di kelab-kelab malam. Wang kebajikan yang diterima dari kerajaan tiap-tiap bulan dihabiskannya di meja snooker. Dia hanya memberi Rm 5 kepada adiknya setiap minggu. Tetapi adiknya tidak pernah menyuarakan haknya. Adiknya redha terhadap apa yang terjadi pada dirinya dan hanya berdoa kepada Allah supaya dia berubah. Pada malam itu, Hassan teringat kata-kata arwah ibunya di hospital sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.

“hassan, di mana kau nak?” 

“Saya, disini mak. Mak janganlah banyak bercakap. Mak berehat saja. Mak kan sakit.”

“hassan, mak dah tak lama hidup didunia ini. Bila-bila masa sahaja malaikat maut akan menjemput. Ibu”. Kata ibu hassan lemah.

“Ibu, jangan cakap macam tu. Hassan tak sanggup kehilangan ibu!” jawab hassan sambil menangis

Kelihatan ibu hassan tersenyum sambil mengusap air mata anaknya. Ibunya memandang keluar tingkap sambil berkata,

“hassan, kalau ibu sudah tiada nanti, jadi lah budak yang baik, menghormati orang tua dan belajar lah sungguh-sungguh. Hanya pelajaran sahaja yang dapat membantu mu. Jangan kamu meninggalkan kewajipan sebagai seorang hamba Allah.” Pesan ibu nya terketar-ketar.

Hassan hanya menangis, tidak mampu berkata apa-apa. Dia pegang erat tangan ibunya.


“hassan, hormati lah abang mu, dengarlah kata-katanya. Kerana dialah yang akan menjaga mu nanti. Hanya dia sahajalah ahli keluarga yang kamu ada.”

“baik ibu, hassan akan patuhi kata-kata abang. Ibu jangan risau. Ibu rehat sahaja.”

Seketika kemudian, ibunya menghembuskan nafas terakhirnya dipangkuan hassan. Hassan menangis mengenang nasibnya dan terus tertidur.

Pada suatu malam, ketika hassan sedang menjamah roti dicicah dengan air kosong sebagai makan malamnya, hussin pulang kerumah dengan luka-luka di seluruh badan nya. Darah meleleh dari kepalanya. Hassan terkejut, kemudian bertanya,


“Ya Allah abangku, apakah yang telah terjadi?”

“Kau jangan sibuk boleh tak. Buat hal kau saja jangan nak mencampuri urusan aku.” Jawab hussin angkuh.

Hassan terkelu, tidak sangka abangnya yang cedera masih tidak berubah. Dia hanya melihat abangnya masuk ke bilik dengan linangan air mata. Dia tidak tahu bagaimana abangnya boleh menjadi sebegitu. Yang dia tahu abangnya banyak berhutang dengan ah long untuk berjudi. Mungkin itu kerja mereka. Hassan tidak sanggup melihat keaadan satu-satunya abang yang dia ada. Dia kemudiannya pergi ke bilik hussin untuk melihat keadaan nya. Kelihatan abangnya itu telah tidur. 

Hassan tidak sampai hati untuk membiarkan abangnya tidur dalam keadaan sebegitu, lalu dia mengambil minyak, kapas, dan bandage untuk mencuci dan membalut luka abangnya. 

“semoga cepat sembuh, wahai abangku.” Bisik hassan dalam hati.

Bersambung....


.
p.s: sambung la, baru dramatik. hehehe

14 comments:

  1. bus entry ni..
    cerpen ker?
    buatan sendiri ae?
    :)

    ReplyDelete
  2. alorrr...
    adew smbog2 lak..
    geram ney..
    da update btau!!!hahaha

    ReplyDelete
  3. cikgu fikri: buat sendiri la. cerpen je...

    Acan: wokey, nak tau rjin2 la dtg sni.:D

    ReplyDelete
  4. wat gimik lak daa .. da semangat nak bace .
    cpt2 ye update :) btw , best2 ! :D

    ReplyDelete
  5. ok thanks...rjin2 la datang ek...

    ReplyDelete
  6. buat sendiri? kalo dah ada sambungan gtau boleh? hehe

    ReplyDelete
  7. yela, wat sendiri la...insyaallah,rjin2 la dtg ea...

    ReplyDelete
  8. sangat dramatik...baiknye adik tu...

    ReplyDelete
  9. :D teruskan mengikuti sambungan cerita ni ye...rjin2 share la... :D

    ReplyDelete
  10. if amv=be abg cm nie, bek gaduh je trus

    ReplyDelete
  11. hehehe,tengok tajuk la...gaduh2 lame2 baik juga

    ReplyDelete
  12. alaa..ada sambungan ke..nnt update..btau k :)

    ReplyDelete