And it was all yellow - Coldplay
Telur oh telur...sape tak kenal apa itu telur? Bukak seluar anda itu...hehehe...takde la...gurau je...Biase kita makan of course la telur ayam kan? Di dalam telur ayam tu mengandungi bahagian putih dan bahagian kuning. Kali ni nak cite pasal kuning telur itu.
Kuning telur sering disalah erti kerana mengandungi kolesterol dan lemak yang tinggi. Kandungan dalam kuning telur ini dipercayai boleh memudaratkan kesihatan seperti terdedah kepada bahaya darah tinggi dan sakit jantung dimana boleh menyebabkan saluran arteri tersumbat.
Namun begitu, kuning telur bukanlah penyebab utama bahaya kerana kuning telur ini juga memiliki pelbagai khasiat penting yang boleh dipertimbangkan.