Baru-baru ini telah berlansung satu 'mesyuarat agung' antara warga kerja facebook, lebih 2000 usahawan, pembang dan juga wartawan yang diberi nama F8. Bertempat di San Francisco, banyak perkara yang dibincangkan oleh mereka ketika itu dan salah satu yang menarik minat para pengguna facebook ialah pendedahan Mark Zuckerberg dalam menghasilkan 'Timeline' iaitu perubahan secara besar-besaran terhadap profail facebook kita. Yep, itu lah yang bakal terjadi dalam masa lebih kurang 2 minggu lagi. Ini semua adalah realiti dan bukan cubaan. Bersedialah kita semua dengan perubahan besar ini. Tetapi, ramai jugak antara kita yang tertunggu-tunggu untuk merasai 'pengalaman baru' bermain facebook dan tidak sabar untuk menggunakannya sebelum orang lain merasainya.
Kini, anda tidak perlu lagi untuk menunggu selama dua minggu untuk merasai pembaharuan Facebook ini kerana sekarang ianya boleh dilakukan dengan hanya beberapa langkah. Sebelum aku tunjuk dekat korang bagaimana caranya, mari kita tengok sikit bagaimana rupanya 'timeline' baru facebook seperti yang didedahkan oleh Mark Zuckerberg di F8 baru-baru ini.