Saturday, August 27, 2011

Lakaran Konsep Muzium Animasi Dan Komik Di China Yang Paling AWESOME

style gila!

Sebuah kumpulan pereka dari Belanda, MVRDV, telah memenangi pertandingan antarabangsa atas projek lakaran konsep mereka iaitu 'China Comic And Animation Museum'. Rekaan yang sangat futuristik itu menampilkan bentuk rekaan seperti 8 buah belon yang mewakili 8 bahagian bangunan dan sangat kompleks walaupun ianya akan terbentang sehingga 30,000 kaki persegi. Walaubagaimanapun, lakaran itu hanyalah dibahagian depan yang termasuk Taman-taman, plaza umum dan pusat ekspo. Projek ini dijangka untuk memulakan pembinaannya ada 2012. Bagi lakaran terperinci, mereka meletakkan setiap satu dari 8 buah bangunan yang akan dibina, mempunyai fungsi-fungsi unik tertentu yang mana melibatkan dunia seni dan hiburan. 

Salah satu perkara yang menarik di muzium ini ialah perletakkan ikon-ikon komik yang terkenal sebagai mercu tanda bagi sesebuah bangunan supaya orang tahu bahawa tempat itu dikhaskan untuk komik, animasi dan kartun. Mereka juga merancangkan untuk meletakkan sebuah dinding maya yang mana setiap elemen 2D akan menjelma kepada 3D dan seterusnya membuatkan ia kelihatan seperti 'hidup'. Dimuatkan juga ruang-ruang pameran yang versatil bagi pertunjukan seni, sebuah perpustakaan komik dan 3 buah panggung wayang.




Horsemanning - Trend Di Internet Yang Paling LUCU

apekah kebaikan disebalik ini? 

Korang mesti pernah dengar pasal Horsemanning ni. Tapi korang tau ke pekajadahnya horsemanning tu? Ianya adalah antara trend terbaru selepas planking, owling dan perkara sewaktu dengannya. Walaupun begitu, trendy yang inilah yang paling menggelikan hati aku. Ianya stail bergambar dengan menyorokkan kepala anda, kemudian berlagak seperti kepala anda telah terputus dari badan. LOL. Korang tengok jela gambar-gambar dibawah. Enjoy!



Vampire Cafe - Sebuah Kafe Unik Di Jepun Yang Menggunakan Tema Gothik

Japanese, why u so wicked?

Sebagaimana yang kita tahu, Jepun sememangnya sebuah negara yang pelik, walau sudah berbagai kemajuan yang telah dikecapi, mereka juga masih mahu perkara-perkara yang baru. Contohnya Vampire Cafe ini. Sebuah cafe yang bertemakan gothik dan kegelapan bersesuaian dengan namanya 'Vampire', telah dibuka di Jepun. Ianya terletak di tingkat 7 di sebuah bangunan di kawasan Ginza. Mengapakah ianya dinamakan sebagai Vampire Cafe? Ini kerana bersesuaian dengan temanya yang kegelapan, setiap pelayan yang bekerja disitu dikehendaki memakai pakaian gelap, bagi yang lelaki akan memakai tuxedo hitam dan bagi yang perempuan pula akan berpakaian ala-ala pembantu rumah perancis. 

Sepanjang masa di kafe tersebut akan dipasang lagu berunsurkan 'goth' dan kegelapan bagi menambah mood 'vampire' itu sendiri. Bukan itu sahaja, dengan pencahayaan yang semamangnya suram, kafe tersebut juga dihiasi dengan tengkorak (palsu atau betul tidak pasti), kayu berlambang salib, lelabah yang besar dan yang paling epic adalah keranda Dracula (sepertimana yang terdapat didalam kebanyakan filem Dracula). Semuanya pasti akan membangkitkan semangat atau perasaan vampire itu sendiri seperti di dalam filem.

Bagi menu nya pula, kesemua ditulis menggunakan tulisan kanji (tulisan jepun) dan cara masakannya pula adalah campuran tradisi dari Perancis, Itali dan Jepun. Bebagai menu-menu yang pelik terdapat disitu. Harganya sememangnya sedikit mahal. Ianya mampu mencecah sehingga $100 dolar untuk dua orang makan. Wlaubagaimanapun, bagi peminat tegar vampire, harga bukanlah segala-galanya, yang penting suasana dan semangat Vampire itu dapat dirasai walaupun tidak terdapat sajian darah sebenar. Dengan bilik makan yang penuh kesuraman serta dihiasi pula dengan benda-benda pelik dan juga muzik tema yang menyeramkan, dapatkah anda menikmati makanan yang telah dipesan? i think i'm not.





Fotografi Peperangan Afghanistan Menggunakan I-Phone Yang Paling COOL

canon? nikon? Hell no!

Untuk mengambil sesebuah gambar yang menarik dan berkualiti tidak semestinya menggunakan kamera yang berharga ribuan ringgit, cukup sekadar dengan menggunakan i-Phone jika anda menggunakan teknik yang betul. Ya, hanya i-Phone. Sama seperti yang dilakukan oleh jurnalis terkenal, Balazs Gardi. Beliau yang berada di Afghanistan semasa peperangan sedang meletus, telah merakam beberapa gambar 'intimate moments' mangsa perang dan askar-askar amerika dan merupakan gambar yang paling 'rapat' dengan peperangan tersebut. Beliau merakamkan gambar-gambar epik tersebut khas untuk  foreign policy magazine. Saksikan sajalah gambar-gambar yang penuh dengan mesej ini. Enjoy