Thursday, August 25, 2011

Gambar Sekitar Pusat Akuatik London Untuk Olimpik 2012 Yang Paling COOL

this is nice!

Olimpik 2012 sudah semakin hampir. Sekarang diseluruh dunia sedang giat menamatkan pusingan kelayakan di peringkat yang terakhir. Didalam usaha memburu tempat kesana, pernah kita semua mengetahui venue-venue yang telah disediakn untuk temasya sukan yang berprestij ini? Jadi untuk membuka mata kita, mari kita lihat Pusat Akuatik di London yang dibina khas untuk temasya sukan Olimpik 2012 akan datang. Ianya rekaan seorang arkitek berbakat, Zaha Hadid yang terletak di Olympic Park London. 

Pusat akuatik yang sangat menarik ini terdapat 2x 50 meter kolam renang dan sebuah 25 kolam terjunan dengan papan anjalnya dibina menggunakan konkrit yang telah direka secara melengkung yang berbentuk seperti lidah yang sedang terjelir. Pusat ini juga akan menjadi tempat bagi semua acara renang yang akan dipertandingkan kelak termasuk terjunan dan polo air. Pusat ini boleh menampung sehingga 17,500 penonton dalam satu-satu masa. Rekaan atapnya yang unik melambangkan ombak telah dibina dengan menggunakan aluminium, berukuran 160 meter panjang dan 90 meter lebar. Pusat itu juga bakal menjadi bangunan mercutanda pada temasya itu nanti dan pengunjung yang melawat Olympic Park pasti akan menemui bangunan yang tersergam indah ini dahulu. 




Sekeping Poskad Dari Seorang Askar WW1 Akhirnya Sampai Setelah 94 Tahun Terlewat

sad story behind this postcard

Sekeping poskad perang dunia pertama akhirnya telah sampai ke alamat yang ditulis setelah terlewat selama 94 tahun selepas ia diposkan. Seorang askar, Alfred Arthur, 19, berniat untuk menghantar poskad ini kepada adik perempuannya, Ellen, dan nama manjanya sebagai Nell, pada januari 1916 ketika perang dunia pertama sedang meletus. Akhirnya, Arthur, si penulis, telah terbunuh sebelum sempat sampai kepada adiknya di dalam peperangan tersebut ketika terlibat dalam pertempuran di Barat Perancis pada 1918. Beliau yang meninggal setelah bertarung dengan kecederaan parah selama 4 hari. Malangnya, adiknya juga telah meninggal dunia didalam kesengsaraan setelah kematian abangnya pada tahun 1964 tanpa sempat mengetahui bahawa abangnya ada memberi poskad kepadanya.


Akhirnya, poskad ini telah sampai ke tangan Lauren Bleach dan pasangannya Jill Liversidge setelah hampir 10 dekad tertangguh. Lauren Bleach berkata ketika beliau membacanya beliau telah bersedih dan beremosi kerana poskad tersebut datang dari seorang askar muda yang berada di kem latihan dan sedang berharap untuk keluar bersama adiknya. 

Kandungan poskad tersebut :  "Dear Nell, Just a postcard to let you know i have not forgotten you. On other side you will see our orders for next week. i will need your pity. Drop me a line, your brother, Alfred."

Fotografi Resolusi Tinggi Terhadap Coklat Yang Paling AWESOME

Yummmeeehh!!!! 

Anda adalah seorang tahi coklat? Fotografi ini mungkin menarik bagi anda. Kebiasaannya, kita hanya makan coklat tanpa melihat dengan teliti bagaimanakah rupa bentuk sebenar didalamnya. Di fotografi dibawah akan membuka mata kita semua betapa Awesomenya bentuk didalam makanan kegemaran ramai ini. Bagi yang berpuasa hari ini, siap sediakan sekurang-kurangnya sekeping coklat waktu berbuka nanti. Aku terus terang aku tak suka coklat, tapi lepas tengok fotografi yang menggiurkan ni, aku nak rembat satu sebelum berbuka. Enjoy