Monday, August 15, 2011
Glass Beach - Pantai Unik Hasil Tangan Kejam Manusia
This is amazing!!
Glass Beach (Pantai Kaca) adalah sebuah pantai unik dan pelik yang berada di Fott Bragg, California. Mengapakah dikatakan ia unik dan pelik? Pada pandangan pertama melihat pantai ini, pasti tiada banyak bezanya dengan pantai-pantai lain, tetapi jika kita mengambil segenggam dari pasirnya, anda akan melihat butiran-butiran kaca yang cantik ditapak tangan anda. Ya, sememangnya dipantai tersebut, pasir-pasirnya kebanyakannya adalah kaca dan sebab itulah dikatakan ianya unik.
Pada asalnya pantai ini adalah sama seperti pantai-pantai yang lain, tetapi pada awal tahun 1949, kawasan pantai itu dijadikan tempat untuk melupuskan sampah secara terbuka. Sejak dari itu, penduduk disitu dengan sesuka hatinya membuang sampah dipinggiran pantai tersebut. Mereka membuang segala jenis sampah-sampah ke situ termasuklah bertan-tan kaca, barangan rumah, dan juga kereta!
Keadaan pada masa itu sangat menyedihkan sehinggalah pada tahun 60-an, terdapat beberapa percubaan untuk mengawal pembuangan sampah secara berleluasa dan bagi pembuangan sisa tosik, dilarang sama sekali. Akhirnya pada tahun 1967, Kerajaan pada ketika itu menyedari bahawa pembuangan sampah tersebut adalah kesilapan besar dan seterusnya melarang pembuangan sampah ke situ dan juga menutup tempat itu serta merta.
Ilustrasi Keseluruhan Watak Filem Dilakonkan Oleh Harrison Ford
"All my friends were going off to be professionals, and I said I wanted to be an actor". - Harrison Ford
Rasanya, semua sudah kenal siapa Harrison Ford ni. Beliau seorang pelakon Hollywood yang popular menerusi filem Indiana Jones dan Star Wars dan telah melakonkan berpuluh-puluh watak. Ilustrasi dibawah menghimpunkan keseluruhan watak filem yang dilakonkan oleh beliau selama ini. Enjoy!
Sumber: bitrebels