Thursday, August 11, 2011

Kapal Berbentuk Ikan Lumba-Lumba Yang Paling COOL

Is it a boat? Is it a plane? Is it a submarine?

Kapal ni memang COOL!! Kerana ia bukan hanya berbentuk seperti ikan lumba-lumba tetapi ia juga boleh berenang, menyelam dan melompat seperti ikan lumba-lumba. Ianya dipanggil Seabreacher dan direka oleh Innespace iaitu sebuah syarikat dari California.

Kapal ini hanya boleh memuatkan 2 orang dan boleh bergerak pada kelajuan 40mph dipermukaan air dan 20mph dibawah air. Pada sesiapa yang ingin memiliki kapal ini boleh lah mendapatkannya dari Syarikat Innespace pada harga USD 48000 hingga USD 68000. Duit tambahan sebanyak USD 3000 hingga USD 6000 diperlukan bagi tujuan kos penghataran.





Shinji Saito - Juara Pertandingan Yo-Yo Sedunia 2011 Yang Paling AWESOME

 Hanya mampu ternganga  

Shinji Saito, adalah seorang pemain yo-yo yang paling berjaya didalam pertandingan yo-yo telah meletakkan skillnya di tahap tertinggi pada pada Pertandingan yo-yo Sedunia 2011, dan seterusnya menjadi juara buat kali kesebelas. Beliau yang hanya berumur 24 tahun, telah menjadi antara permain yo-yo terhebat didalam sejarah permainan tersebut dan telah memenangi hampir kesemua pertandingan yang disertainya. 

Beliau yang pertama kali menyertai pertandingan yo-yo ketika berusia 13 tahun dan mendapat tempat kedua. Dan pada tahun 2008, beliau telah mendapatkan kejuaraannya yang pertama dan tidak pernah kalah sejak dari itu. Pada kejuaraannya yang kesebelas ini, beliau hanya menerima USD 300 tetapi reputasi yang diterimanya sebagai pemain yo-yo terhebat dalam sejarah, adalah tidak ternilai.



        

Sumber: odditycentral

Festival Berenang Di Atas Patung Seks Yang Paling DUMBASS (NSFW)

Ini tersangat tahi suci!

Lebih dari 800 peserta telah 'mendayung' patung seks diatas sungai Vuoska yang deras, 90 km dari St Petersburg, Rusia, ketika festival Buble Baba Challenge diadakan. Ianya adalah festival yang agak pelik tetapi popular di Rusia. Sesiapa sahaja yang berumur 16 tahun keatas, tidak kira lelaki dan perempuan adalah dibenarkan untuk mengambil bahagian didalam perlumbaan ini. Apa yang mereka perlukan untuk berenang melalui sungai Vuoska yang deras itu hanyalah sebuah patung seks 'boleh tiup' yang diperbuat daripada plastik dan perlu bertahan di atas sungai itu sekurang-kurangnya dalam masa tiga minit lebih.

Festival ini diasas dan diorganisasikan oleh Dmitry Bulawinov pada tahun 2003 dan dijalankan pada setiap tahun dengan jayanya. Perkataan "Baba" adalah dari bahasa rusia yang bermaksud "wanita kampung", dan boleh juga digunakan didalam terma seks. Idea asal kepada perlumbaan pelik ini terbit dari mereka-mereka yang 'kegersangan' selepas berparti hingga mabuk dan menggunakan patung seks bagi melempiaskan nafsu mereka. Memandangkan patung seks yang kebiasaannya dibawa mereka yang 'keseorangan selamanya' ketika berkhemah, adalah sangat mudah untuk terapung didalam air, maka dari situ idea ini tercetus. Lihat sahajalah muka 'kegairahan' mereka-mereka yang menyertai perlumbaan ini dibawah. Sudah pasti menceritakan sepenuhnya sejarah penciptaan festival ini.



Bagaimana Rasanya Menjadi Seorang Saintis (Komik)

"Nobody said it was easy, no one ever said it would be this hard" - Chris Martin (Coldplay)


Pernah tak korang tertanya-tanya macam mana seorang saintis itu membuat kajian diaorang? Aku pernah. Sebab itu memang cita-cita aku sejak sekolah rendah lagi. Jadi, sebab adanya orang yang tertanya-tanya macam aku ni, seorang saintis bernama Paul Vallet telah membuat komik atau flowchart ini sebagai gambaran bagi menjawab soalan ini.