The True Case Of 'Benjamin Button'


Pernahkah anda semua menonton filem 'The Curious Case of Benjamin Button'? Filem itu mengisahkan tentang seorang bayi yang bernama 'Benjamin Button' lahir pada umur '80 TAHUN' nya dan umurnya semakin menurun sehinggalah beliau kemudiannya menjadi bayi semula dan seterusnya mati. Its strange isn't?  

Tetapi, itu hanyalah sebuah filem. Tidak seperti kes 'sebenar' yang di alami oleh LEON BOTHA, yang mana hampir serupa dengan filem itu. cuma yang membezakannya ialah beliau tidak menjadi semakin muda, tetapi menjadi semakin tua. Beliau telah mengidap satu penyakit yang dinamakan PROGERIA - ianya suatu penyakit yang jarang berlaku dan ianya menyebabkan seseorang itu mengalami penuaan dalam umur yang masih muda..

Penyakit ini disebabkan mutasi yang berlaku didalam gen dan mempengaruhi keseluran organisma didalam badan sehingga berlakunya proses penuaan dalam jangka masa yang sangat cepat. Kebiasaannya, pengidap PROGERIA ini dapat hidup sehingga 13 tahun dan ada sesetengah kes seseorang dapat bertahan sehingga umur 40 tahun.

Penyakit ini amat jarang berlaku. Peluang untuk menghidap penyakit ini adalah seorang daripada 8 juta manusia.. But Leon Botha is the lucky one..Dibawah adalah gambar beliau ketika berumur 24 tahun, INGAT, 24 TAHUN!!