Sekadar Hiasan |
“ah, mana pulak duit syiling aku ni. Time ni pulak la dia nak hilang!” bisik syami bengang sambil mencari-cari duit syiling yang hilang didalam poket. Pada ketika itu, dia ingin membeli sebuah majalah sukan di 7eleven. Duit yang syami bawa ketika itu hanya mencukupi untuk membeli sebuah majalah sahaja, kini dia telah kehilangan sekeping duit syiling 50sen yang menyebabkan hasratnya untuk membeli majalah tersebut terbantut.
Ketika sedang mencari-cari duitnya yang hilang di tepi longkang berhadapan 7eleven tersebut, seorang wanita muda menghampiri syami. Dia hanya memerhati saja gelagat syami yang resah mencari duitnya. Kemudian wanita tersebut tersenyum kemudian bertanya,
“ehem, awak ada hilang sesuatu?” katanya sambil tersenyum
Syami yang dari tadi leka mencari terhenti seketika mendengar suara manja wanita tersebut kemudian berpaling. Pada waktu itu wanita tersebut berdiri betul-betul dihadapan nya. Syami terdiam dan tergamam melihat kecomelan wajah wanita itu. Kulitnya putih melepak dan gebu membuatkan syami terpaku. Dia tidak pernah melihat wanita yang sebegitu ayu sebelum ini. Syami melihatnya tanpa berkelip dan merasakan wanita tersebut adalah bidadari dari syurga.